Hi! Welcome Back and Stay Tune! 349 pelajar sekolah bunuh diri di Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

349 pelajar sekolah bunuh diri di Jepun

TOKYO: Kadar bunuh diri di Jepun merupakan antara yang tertinggi di dunia sejak sekian lama.

Pada tahun lepas dalam kalangan pelajar sahaja terdapat 349 kes bunuh diri, enam murid sekolah rendah, 102 pelajar sekolah menengah dan 241 pelajar sekolah tinggi.

Jumlah kes bagi sekolah menengah untuk pertama kali melebihi angka 100, demikian menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

Menurut kertas putih 2015, apabila kes kematian terbabit dikaji bagi mereka dalam lingkungan usia 18 tahun dan ke bawah bagi tempoh 42 tahun, dari 1972 hingga 2013, tarikh paling banyak kes adalah pada 1 September. Angka pada tarikh tersebut ialah 131 kes.

Angka juga tinggi pada tempoh cuti panjang sekolah dengan peningkatan yang ketara pada akhir tempoh cuti.

“Tekanan yang sudah melebihi batasan berakhir dengan bunuh diri,” kata seorang pakar.

Berakhirnya musim cuti menyebabkan banyak perubahan dalam gaya hidup pelajar.

Bagi mereka yang menghadapi tekanan daripada sekolah, tekanan dan gelora emosi untuk kembali ke sekolah adalah tinggi, dan hal ini menyebabkan kemungkinan mereka meragut nyawa sendiri.

Untuk mengelakkan berlakunya kejadian sedemikian, ibu bapa di negara ini dinasihati supaya berwaspada dan prihatin terhadap sebarang tanda.

Antara tanda ialah perubahan tingkah laku yang mendadak, menghisap dadah, menyatakan keinginan bunuh diri, lari dari rumah dan membinasakan diri.

Pihak kerajaan di sini menyediakan talian khas untuk dihubungi bagi individu yang berada dalam keadaan tertekan. – Sarawakvoice.com

AWANG BOLKIAH ALI di Tokyo



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.