Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masuk jari ke dalam alat sulit perempuan akan ditakrif rogol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masuk jari ke dalam alat sulit perempuan akan ditakrif rogol

KUCHING: Memasukkan jari ke dalam alat sulit perempuan mungkin akan ditakrifkan sebagai jenayah rogol.

Itu antara pindaan baharu jenayah rogol yang sedang diperjuangkan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah.

fatimah akta rogol_0001

Menurutnya, ketika ini pelaku-pelaku kes rogol dapat melepaskan diri dan didapati tidak bersalah disebabkan tidak berlakunya penetrasi zakar tetapi mereka menggunakan jari untuk tujuan tersebut.

“Kerana itu saya amat gembira cadangan pindaan Seksyen 375 Kanun Keseksaan, yang menyentuh tentang rogol, akan dibentang dan dibahaskan pada persidangan Parlimen yang akan datang.

Dalam sidang media di pejabatnya semalam, Fatimah berkata, beliau telah menerima jawapan rasmi daripada Pejabat Peguam Negara berhubung perkara ini dan menyifatkan
sesuatu yang konkrit telah hadir daripada usaha keras kementeriannya.

“Saya pertama kali menulis surat kepada Peguam Negara pada awal tahun ini untuk meminta takrifan baharu rogol dan jawapan yang diterima, memberi maklum balas bahawa pejabat Peguam Negara akan mengkaji isu itu.

“Menjawab satu surat susulan lain kemudiannya, Pejabat Peguam Negara berkata perkara itu akan dibahaskan dan diselesaikan dalam Parlimen.

fatimah akta rogol_0000

Fatimah berkata, beliau juga berbesar hati kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju kepada cadangan pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164).

“Jika pindaan ini telah diluluskan di Parlimen, pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka di mahkamah sivil, perlu menyelesaikan konflik mereka di mahkamah sivil terlebih dahulu sebelum berurusan dengan perkara-perkara lain.

Penjelasan berhubung perkara ini penting kerana terdapat kes pasangan yang telah memeluk agama Islam tetapi ia tidak jelas sama ada perceraian yang dialami mereka perlu diselesaikan di mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

“Pindaan ini membolehkan pasangan menyelesaikan isu-isu perkahwinan sivil terdahulu sebelum meneruskan kehidupan mereka.

“Apabila ia datang kepada agama, kita perlu mengambil langkah berhati-hati, “jelasnya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.