Masalah GrabGas Dan Pembangunnya – Digi Akan Membuat Tinjauan Menyeluruh Berkaitan Dengannya
Digi pada awal minggu ini telah mengumumkan pelaburan pada beberapa startup tempatan, termasuk salah satunya adalah GrabGas. Secara kasar, melalui perkhidmatan GrabGas, pengguna boleh membuat tempahan melalui web mereka dan tong gas akan dihantar kepada pengguna oleh pihak penjual tong gas.
Walaupun menerima pelaburan, web GrabGas tidak boleh diakses sejak beberapa minggu lepas, dan mereka hanya beroperasi melalui Facebook buat masa ini. Ketika itu, pihak GrabGas mengatakan melalui Facebook yang mana mereka sedang dalam proses untuk hadir dengan versi yang lebih baik.
Tetapi, semalam, ketua pembangun untuk GrabGas hadir dengan artikel khusus mengatakan yang mana beliau tertipu dengan janji pengasas bersama GrabGas, dan memilih untuk menarik kembali pelbagai teknologi yang telah dibangunkan oleh beliau untuk GrabGas. Ini membuatkan perkhidmatan berkenaan tidak boleh diakses melalui web buat masa ini. Pada masa yang sama, pembangun berkenaan turut menekankan yang mana terdapat sejumlah data yang dipersembahkan oleh GrabGas kepada beberapa pihak adalah kurang tepat.
Perkara ini semestinya memberikan impak kepada pihak Digi melalui bahagian Digi-X mereka. Apatah lagi ini adalah pelaburan terawal Digi-X dan semestinya mereka tidak inginkan perkara sebegini berlaku pada pelaburan mereka.
Menjawab mengenainya, Praveen Rajan (Digi Chief Digital Officer) mengatakan mereka hadir dengan Digi Accelerate dalam usaha untuk membantu dan memperluaskan pelbagai perniagaan baru – dan ketika itu mereka menemui potensi dan peluang yang dibawakan oleh GrabGas dalam membantu memperluaskan perniagaan mereka.
Walaubagaimanapun, Praveen Rajan turut menekankan yang mana mereka tidak bertoleransi dengan pihak yang tidak mempunyai integriti dalam budaya kerja mereka. Digi mengatakan mereka akan membuat kajian menyeluruh berkaitan masalah ini dan meneruskannya daripada sana.
Menjawab lanjut mengenai pelaburan pihak Digi pada GrabGas, Digi mengatakan mereka masih tidak mempunyai keputusan buat masa ini, memandangkan pelaburan ekuiti adalah salah satu kontrak perniagaan yang dibuat berdasarkan kepada kemampuan GrabGas dalam prestasi perniagaan. Digi sekali lagi menekankan yang mana mereka akan menyelesaikan kajian menyeluruh berkaitan dengan masalah ini, dan meneruskannya daripada sana.
Bercakap mengenai masalah sama, pihak GrabGas melalui laman Facebook mereka menekankan yang mana masalah ini adalah antara pihak GrabGas dan pembangun berkenaan. Perniagaan GrabGas masih diteruskan seperti biasa, dan mereka menjanjikan platform tempahan baru berasaskan web sekitar bulan September kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cfiuMT
Post a Comment