‘Gadis 16 Tahun Ni Bakal Menggantikan Lee Chong Wei’ – Rashid Sidek
Selepas berkakhirnya penampilan Datuk’ Lee Chong Wei di Olimpik Rio 2016 yang lalu, kini Malaysia mencari siapakah yang bakal menggantikan tempat Chong Wei untuk meraih pingat emas di temasya Olimpik Tokyo 2020 nanti.
Bagaimanapun, bekas jurulatih badminton kebangasaan negara, Rashid Sidek meramalkan Goh Jin Wei yang baru sahaja berumur 16 tahun bakal menjadi pengganti Chong Wei. Jin Wei merupakan rakyat Malaysia pertama yang pernah memenangi Kejohanan Remaja Dunia di Peru tahun lalu.
Sehingga kini saya belum nampak siapa pengganti Chong Wei biarpun terdapat beberapa nama yang dianggap berpotensi.
Namun, jangan lupa kita ada Jin Wei. Usianya baharu 16 tahun dan akan mencecah 20 tahun kalau layak ke Olimpik 2020 Tokyo.
Apa yang boleh saya katakan, kita kena jaga budak itu elok-elok. Beri segala yang terbaik. Saya yakin, kalau semua berjalan lancar, sekurang-kurangnya ada pengubat harapan untuk mencari pengganti Chong Wei biarpun dalam versi wanita, ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Bekas jurulatih Chong Wei itu juga berkata, Jin Wei perlu bekerja lebih keras mulai sekarang.
Tetapi dalam masa sama, Jin Wei juga kena berwaspada dengan tekanan mental mahupun fizikal. Kena seimbangkan dengan ketahanan badan agar tidak ditimpa perkara yang tidak diingini terutama kecederaan, katanya.
Sumber : Utusan
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment