Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mengaku Nabi Isa, lelaki ancam bunuh PM, Raja Melayu dan ketua polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mengaku Nabi Isa, lelaki ancam bunuh PM, Raja Melayu dan ketua polis

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang sanggup mengaku dirinya sebagai “Nabi Isa” di Jalan Tun Razak selepas mengugut membunuh pemimpin dan pembesar negara dan ketua polis.

Lelaki berasal dari Kedah itu memandu kereta dengan plat bertulisan aneh di pada 4.30 petang Khamis lepas.

Awalnya lelaki tersebut hanya ditahan oleh petugas kerana memasang plat yang tidak mengikut peraturan.

Pada plat kereta tersebut bertulis: “WWE3621, Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara, Tuanku Raja Merongmahawangsa II, Sultan Kedah Asal, Imam Almahdi.”

Sumber polis mengatakan lelaki tersebut berada di kereta bersama isteri dan anak perempuannya.

Lelaki berusia 43 tahun itu memarahi polis kerana berani menahan keretanya sambil mengeluar kata kesat dan memperkecil polis kerana tidak kenal akan dirinya.

“Dia mendakwa, dia Nabi Isa dan mengatakan dia akan membunuh perdana menteri dan raja melayu serta mengambil alih Putrajaya,” menurut sumber seperti dikutip daripada Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan penangkapan lelaki tersebut kepada Bernama.

Suspek berusia 40-an itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan lanjut.

Polis sedia menyiasat suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.