Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandelela mahu berehat, tumpu pada pelajaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandelela mahu berehat, tumpu pada pelajaran

Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg mahu berehat seketika untuk menumpukan kepada pelajarannya yang sebelum ini tertangguh bagi memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil.

Menurut Pandelela, sudah masa untuknya memberi tumpuan kepada pelajaran selepas berakhirnya Sukan Olimpik.

“Sebelum ini saya pernah berjanji kepada keluarga untuk tidak mengenepikan pelajaran. Jadi selepas berakhirnya Olimpik Rio, sudah masanya untuk fokus pada pelajaran pula,” katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan wira dan wirati Olimpik negara oleh XOX Mobile di sini, hari ini.

Pandelela juga dikatakan tidak akan beraksi dalam beberapa pertandingan yang bakal diadakan dalam masa terdekat antaranya Kejohanan Siri Grand Prix Terjun FINA di Kuching, Sarawak pada Oktober depan.

Pandelela yang berganding dengan Cheong Jun Hoong untuk memenangi pingat perak acara 10m platform seirama di Rio, mengambil jurusan Sains Sukan di Universiti Malaya dan berazam menamatkan pengajiannya pada 2018.

Sementara itu, pasangannya Jun Hoong pula ingin berehat untuk memulihkan kecederaan yang dialaminya.

“Saya ingin merehatkan badan kerana mengalami kecederaan. Walaupun tidak begitu serius, ia penting sebelum memulakan latihan,” katanya.

Jun Hoong mengakui memegang status sebagai pemenang pingat perak di Rio tidak memberikan apa-apa kelebihan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

“Sukan Olimpik Tokyo adalah kejohanan baharu kerana setiap pertandingan bakal mempunyai cabaran dan halangan yang berlainan,” katanya.

Terdahulu XOX Mobile menyampaikan ganjaran berjumlah RM315,000 kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik Rio dengan Chong Wei menerima RM110,000 iaitu RM60,000 bagi pingat perak perseorangan lelaki dan tambahan RM50,000 sebagai duta jenama itu.

Pemenang pingat perak lain iaitu beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta Pandalela-Jun Hoong turut menerima RM60,000 manakala pemenang gangsa acara berbasikal keirin, Mohd Aizulhasni Awang pula mendapat RM25,000. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.