Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia catat 1,900 hingga 2,000 kes denggi seminggu – Ketua Pengarah Kesihatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia catat 1,900 hingga 2,000 kes denggi seminggu – Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA: Tren demam denggi di seluruh negara menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh dua minggu yang lepas dengan purata kes mingguan sebanyak 1,900 hingga 2,000 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah .

Pada minggu 14 hingga 20 Ogos lalu, terdapat peningkatan kes sebanyak 11.6% iaitu 2,190 kes berbanding 1,963 kes pada minggu sebelumnya.

aad3360e-ffff-419d-aa9a-f26de82c96e2

“Selain itu, terdapat sembilan kematian dilaporkan pada minggu lepas.

“Sebanyak lapan negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya ialah Kuala Lumpur dan Putrajaya 88 kes (53.0%), Selangor 84 kes (8.7%), Kelantan 25 kes (9.2%), Perak 23 kes (52.3%), Johor 18 kes (12.6%), Pahang 17 kes (29.3%), Pulau Pinang 13 kes (81.3%) dan Terengganu 8 kes (33.3%).

Secara kumulatif dari Januari hingga 20 Ogos 2016, jumlah kes Demam Denggi adalah sebanyak 71,590 kes, berbanding 78,245 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 8.5% (6,655 kes).

“Manakala sebanyak 162 kematian telah dilaporkan berbanding dengan 216 kematian bagi tempoh sama 2015 iaitu penurunan sebanyak 25%.

Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kata Hisham, wujud peningkatan lokaliti wabak dan hotspot pada minggu ke-33 berbanding minggu sebelumnya.

“Lokaliti wabak didapati meningkat daripada 635 lokaliti kepada 698 lokaliti, manakala hotspot juga meningkat daripada 90 lokaliti kepada 91 lokaliti.

Secara keseluruhan katanya, tren demam denggi pada tahun ini masih menunjukkan corak yang sama seperti tahun lepas, dengan kes meningkat secara perlahan dari pertengahan tahun dan akan memuncak pada akhir tahun.

9ed93865-2c54-4a72-9ebc-08fc82f7a73e

“Tambahan pula, terdapat perubahan pada serotaip denggi yang dikesan bermula dari bulan Jun 2016 iaitu DEN-1 kepada DEN-3 yang turut dijangka menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi dalam beberapa bulan yang akan datang.

Oleh itu, untuk membendung peningkatan kes demam denggi ini tindakan bersepadu dalam mencegah dan mengawal denggi daripada pelbagai agensi perlu dilaksanakan.

“Ia perlu difokuskan di tempat-tempat berisiko seperti projek perumahan terbengkalai, tapak bina dan tanah lot kosong.

“Selain itu, aktiviti penguatkuasaan perlu dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali oleh agensi-agensi terlibat seperti KKM, pihak berkuasa tempatan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

KKM turut menyarankan agar pihak pemaju dan kontraktor tapak bina memainkan peranan aktif dalam pencegahan demam denggi dengan mewujudkan program Communication for Behavioural Impact (COMBI).

“Sekiranya ada pemaju dan kontraktor yang ingin melaksanakan program COMBI di tapak bina, maka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.

“Jabatan Kesihatan Negeri hendaklah memantau perlaksanaan program COMBI ini agar pembiakan aedes dapat dikurangkan di tapak bina tersebut.

Menurut laporan situasi terkini penyakit Zika oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada 18 Ogos, terdapat sebanyak 70 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika ketika ini.

“Bagi situasi di Malaysia, tiada jangkitan virus Zika yang dikesan setakat ini berdasarkan 752 sampel darah telah diuji dari Jun 2015 sehingga 20 Ogos 2016 oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Selain itu, tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika hasil saringan yang dijalankan di Pintu Masuk Antarabangsa,” katanya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.