Panas! Pemacu pena salah laku FAM sudah di tangan Khairy, diserahkan TMJ
PETALING JAYA: Awal Jumaat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga mesra dikenali sebagai TMJ, berkenan menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghadap di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Sempena pertemuan itu, TMJ menyerahkan pemacu pena (pen drive) mengandungi butiran laporan dakwaan ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dalam kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers pada 12.18 tengah hari Jumaat, Tunku Ismail yang juga dikenali sebagai TMJ dikatakan mengambil keputusan menyerahkan pemacu pena itu kerana tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Kenyataan di Facebook berbunyi, “FAM bukanlah masalah baginda. Baginda hanya ingin menjaga kelab kecilnya, JDT.”
TMJ sebelum ini mendakwa memiliki maklumat yang tersimpan dalam pemacu pena mengandungi maklumat salah laku FAM.
Antara maklumat yang tersimpan dalam pemacu pena itu adalah berkaitan ketirisan jualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, duit kelab yang diambil FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang didakwa “merepek”.
Pertemuan tersebut dikatakan turut membincangkan “berkaitan progranm pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu semasa terutama melibatkan sukan bola sepak.” – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment