Penghormatan untuk Anis Syafiqah dan rakan mahasiswa #TangkapMO1
Ketika menyiapkan tulisan ini, saya baru sahaja usai solat Jumaat di Masjidil Haram. Tinggal beberapa jam sahaja lagi, himpunan aman #TangkapMO1 akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Biarlah tulisan ini jadi tanda solidariti saya terhadap perjuangan mahasiswa dan anak muda yang berjiwa besar. Jiwa muda yang luhur menggerakkan rakyat demi menghentikan politik jijik tanah air yang terkait langsung dengan Malaysian Official 1.
Anis Syafiqah, Luqman Hakim, Aqilah Zainuzi, Ashraf Nazrin dan rakan-rakannya merupakan anak muda mahasiswa yang kental. Salut saya buat mereka.
Dalam mana-mana lakaran sejarah, kita dapat melihat betapa mahasiswa memainkan peranan penting sebagai pencetus perubahan.
Lihat sahaja mahasiswa Trisakti yang menjadi barisan hadapan kepada reformasi telah memungkinkan perubahan berlaku di Indonesia.
1965 di Spanyol, mahasiswa merupakan entiti penting dalam melawan regim zalim Franco. Di Amerika Latin, perlawanan mahasiswa berhadapan pemerintah autoritarian dimulai dengan deklarasi mahasiswa menerusi Manifesto Kordoba 1918.
Kemunculan anak-anak muda mahasiswa seperti Anis, Luqman, Aqilah dan Ashraf di saat krisis terbesar kewangan melanda tanah air menerusi skandal 1MDB merupakan harapan dan suntikan semangat baru kepada gerakan mahasiswa seterusnya gerakan rakyat di Malaysia.
Bahkan, di saat pemerintah terpalit skandal paling parah, sementelahan pakatan pembangkang sedang bergelut mencari formula penyatuan dan mengurus permasalahan dalaman parti, sambil munculnya parti-parti baru mewarnai politik tanah air yang kelabu; nama-nama anak muda mahasiswa ini seakan-akan menyinggung serta memberi isyarat yang kuat bahawa kita sudah tidak punya masa untuk berlengah lagi.
Saat BERSIH masih belum menjawab persoalan bila dan di mana himpunan mereka buat kali kelima akan diadakan, penampilan mahasiswa dan anak muda dengan penganjuran himpunan aman #TangkapMO1 memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang gelisah dengan arah perjalanan yang songsang.
Justeru, tidak ada sebab untuk anak muda dan mahasiswa berlengah lagi. Bahkan kali ini, mahasiswa dan anak mudalah memegang panji membuka jalan menggerakkan massa untuk mendesak pemerintah agar bertindak segera memulihkan kembali maruah negara.
Salahguna kuasa Malaysian Official 1 yang merompak wang rakyat untuk serakah mereka dan kroni mesti dihentikan segera.
Justeru, himpunan #TangkapMO1 hari ini amat penting untuk menjadi tanda bahawa perlawanan rakyat menentang pemimpin yang tidak adil adalah suatu kewajipan mendesak pada masa ini bagi setiap rakyat yang cintakan Malaysia.
Doa saya dari tanah suci, semoga himpunan hari ini berjaya. Semoga nasib dan maruah rakyat terbela di bumi Malaysia dan para penzalim tersungkur segera.
Buat anak muda mahasiswa, salut buat kamu semua.
Buat rakyat, ayuh gembleng tenaga dan tuntut hak kita.
SHEIKH OMAR ALI adalah penolong setiausaha publisiti DAP Johor – Malaysiakini
KLIK BACA: Siapa Anis Syafiqah Mohd Yusof?
KLIK BACA: Dr Mahathir dan Muhyiddin gempur Kelantan
KLIK BACA: Dr Mahathir dijadual sertai #TangkapMO1 esok
KLIK BACA: Lelaki Mahu Bunuh Najib Ditahan Polis, Mengaku Nabi Isa
KLIK BACA: Sarawak Report: RM40j wang 1MDB ke pemilik kelab malam
KLIK BACA: Takut isytihar harta, Anina suruh Ku Nan jadi tukang sapu
KLIK BACA TULISAN PENUH: ZAID – MEREKA SEMUA DARI GOLONGAN MANUSIA BERHATI BATU
The post Penghormatan untuk Anis Syafiqah dan rakan mahasiswa #TangkapMO1 appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo
Post a Comment