Mahkamah Agung gantung larangan pakai burkini di pantai Perancis
PARIS: Mahkamah Agung Perancis menggantung larangan memakai burkini di hampir 30 kawasan pantainya.
Penundaan ini didesak oleh kumpulan hak asasi manusia sambil menunggu keputusan definitif.
Asal larangan tersebut bermula di Villeneuve-Loubet, dekat Nice.
Namun, larangan memakai burkini khususnya yang dipraktiskan wanita Muslimah semasa mandi di pantai menjadi ikutan 15 pantai lain dan sehingga kini menjadi ikutan 30 pantai di Perancis.
Bagaimanapun, di bawah undang-undang Perancis, penguatkuasaan sementara larangan seperti itu boleh diteruskan terlebih dahulu sebelum mahkamah mengesahkan undang-undang berkaitan legaliti kes yang dalam perhatian atau penundaan.
Guardian melaporkan pada Jumaat lepas pihak berkuasa Perancis melarang pemakaian burkini bukan atas nama atau bentuk pakaian itu, tetapi larangan itu lebih kepada sifat agama mengapa burkini dipakai.
Perancis beralasan larangan itu bertujuan melindungi sistem sekular di Perancis.
Dalam sidang dengar di hadapan dewan kota pada Khamis lepas, peguam dari kumpulan hak asasi manusia berhujah larangan tersebut melahirkan rasa takut dan melanggar kebebasan pegangan individu.
Sementara, mahkamah peringkat rendah pada Isnin lepas memutuskan larangan burkini di Villeneuve-Loubet penting demi menjaga keoentingan umum.
Ketegangan berkaitan larangan pemakaian burkini meningkat setelah rakaman seorang wanita dikelilingi polis memaksanya membuka burkini yang dipakainya di pantai di Nice.
Larangan burkini membuat ahli politik Perancis berpecah pendapat, selain menimbulkan kemarahan awam di pelbagai negara di dunia termasuk negara bukan Islam.
Anouar Kbibech, pimpinan French Council of the Muslim Faith (CFCM), mengatakan beliau khuatir isu burkini meningkatkan ketakutan atas stigma tentang kaum Muslim di Perancis. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment