Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pedofil rogol kanak-kanak 5 tahun di Matang dicekup selepas 48 jam bersembunyi dalam hutan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pedofil rogol kanak-kanak 5 tahun di Matang dicekup selepas 48 jam bersembunyi dalam hutan

KUCHING: Bersembunyi ketakutan di dalam hutan selama lebih 48 jam, gara-gara nafsu sekelip mata terhadap seorang kanak-kanak lima tahun, seorang pedofil akhirnya termakan umpan polis yang menunggu di kediamannya sendiri.

583bb669-f4d0-46b8-bb1b-7d54d46a8d2eLelaki berusia 24 tahun itu dicekup anggota siasatan jenayah Padawan petang semalam, selepas disyaki merogol seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, perlakuan jahat lelaki itu terbongkar sekitar jam 1.30 petang Rabu lalu apabila kanak-kanak tersebut yang kurang upaya itu menangis ketika pulang ke rumah, sambil mengadu sakit pada alat sulitnya.

Kedua-dua ibu bapanya kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati berlaku pendarahan pada alat sulit mangsa.

“Mereka kemudian mencurigai sesuatu yang ‘buruk’ telah berlaku, kerana sebelum itu, mangsa telah keluar dengan seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya di Jalan Matang.

“Lelaki yang tinggal kira-kira 50 meter dari rumah mangsa sebelum itu telah meminta kebenaran kedua-dua ibu bapanya untuk membawa mangsa ke kedai runcit berhampiran.

Kata Dev, kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh kedua-dua ibu bapanya ke Balai Polis Pusat Kuching pada petang itu juga untuk membuat laporan.

“Polis bagaimanapun merujuk kanak-kanak tersebut ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan, yang kemudian mengesahkan mangsa telah dirogol.

“Polis kemudian memburus suspek tetapi serbuan ke rumahnya mendapati dia telah melarikan diri, dipercayai selepas mendapat tahu ibu bapa mangsa telah membuat aduan kepada polis.

Polis berusaha menjejaki suspek termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan K9 namun gagal.

“Akan tetapi sekitar jam 5 petang semalam, suspek telah keluar daripada persembunyiannya dan kembali ke rumah untuk mencari minuman dan makanan.

“Suspek sebenarnya memasuki perangkap polis kerana sepasukan anggota siasatan jenayah yang diketuai Inspektor Mansur Rahman telah menunggunya selama dua hari di rumah tersebut, dan berjaya menahannya.

Kata Dev, beliau merakamkan tahniah kepada pasukan siasatan jenayah Padawan atas kesabaran dan komitmen yang mereka tunjukkan.

Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman dan membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Kes diklasifikasikan sebagai jenayah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berdasarkan jumlah kes yang semakin meningkat, tambahnya, Pesuruhjaya Polis Sarawak sendiri telah mengarahkan pihak siasatan jenayah dan semua ketua polis daerah memberi tumpuan serius terhadap jenayah melibatkan kanak-kanak dan pedofil di negeri ini. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.