Ahli UMNO Sabah tidak gentar dengan parti Shafie
KOTA KINABALU: Tidak usah gerun dengan tindakan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil alih parti sedia ada yang telah berdaftar di Sabah kerana ia sama sekali tidak tidak menggoyahkan keyakinan ahli Umno Sabah terhadap parti itu.
Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Zulkarnain Mahdar berkata, tindakan Ahli Parlimen Sempona itu, bukan suatu perkara yang luar biasa, sebaliknya, ia menunjukkan betapa suburnya demokrasi di Malaysia.
Beliau berkata ahli Umno Sabah akan terus setia bersama parti berkenaan, malahan menurut Zulkarnain ia akan memperkuatkan lagi keyakinan semua ahli Umno di negeri ini.
“Walaupun lebih ramai wakil rakyat pembangkang di Sabah yang kononnya menyertai (Shafie), namun ia adalah satu taktik mempromosikan parti berkenaan yang kelihatan bersifat popular sementara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
“Ia jelas sama sekali tidak akan mengubah landskap politik di Sabah, di mana diketahui umum majoriti kerusi Dun Sabah ketika ini dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) dengan 48 kerusi.
“Manakala pembangkang kini hanya kekal sebanyak sembilan kerusi. Walaupun kesemua kerusi pembangkang menyertai parti (Shafie) Sabah masih kekal kukuh di bawah pemerintahan BN,”.
Zulkarnain seperti dipetik Bernama berkata, Shafie gagal membantu menangani masalah jalan, air dan elektrik khususnya di Sabah semasa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum ini.
Katanya: “Beliau telah diberikan peluang keemasan mengetuai KKLW, namun gagal walaupun diberikan peruntukan berbilion ringgit setahun.”
Ujarnya, pinjaman untuk peniaga dan usahawan tanpa penjamin dan cagaran di bawah kementeriannya pada masa itu langsung tidak dimanfaatkan untuk membantu rakyat Sabah.
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment