Bersalam Menggunakan Kaki, Perkongsian Tentang Orang Kelainan Upaya Ini Menyentuh Hati Netizen
Mengucapkan salam dan berjabat tangan kepada sesama Muslim adalah perkara yang terpuji dan disukai dalam Islam. Dengan perbuatan ini hati kaum Muslimin dapat saling bersatu dan berkasih sayang di antara mereka.
Macam kisah yang kami kongsikan ini yang sangat menyentuh hati. Dilahirkan sebagai seorang yang istimewa tidak menghalang anak istimewa ini dari bersalam. Anak istimewa ini mampu bersalam walau tidak mempunyai tangan. Bagaimana pula kita?
Bersalam dengan kaki
Saya bergegas dengan isteri bila mendengar perkhabaran satu keluarga di Taman Seroja,Sg Petani perlu bantuan.Keluarga ibu tunggal ini ada anak oku 24 tahun yg tiada kedua tangan sedangkan si ibu mengalami stroke dan bekalan air nak dipotong.Ketika masuk dan memberi salam,saya lihat telah ada dua tetamu.Setelah berbual dan menghulur sedikit sumbangan,saya mohon diri lalu bersalam dengan tetamu yg ada bersama.
Tetiba anak oku ini nengangkat kakinya kearah saya,saya agak terkejut tetapi segera memahami bahawa dia ingin bersalam dengan saya,tetapi apakan daya Allah tidak memberinya tangan,lalu kaki yg selama ini mengganti tangan dihulur juga sebagai memenuhi keinginan untuk bersalam.Saya menyambut tapak kaki dengan tangan saya seperti orang bersalam,dia senyum puas.Saya mengusap kepalanya dan menepuk bahunya yg senget.Ketika air mata saya tergenang,dia senyum semakin lebar,mungkin suka kerana saya menyambut huluran salamnya.Ya Allah !!
Janganlah kita yang sempurna mengabaikan bersalaman
Ketika dalam kereta saya masih teringat oku ini dan huluran kakinya.
Sabda nabi yg diriwayatkan dari al-Barra’ dari Azib r.a. Rasulallah s.a.w. bersabda, “Tidaklah ada dua orang muslim yang saling bertemu kemudian saling bersalaman kecuali dosa-dosa keduanya diampuni oleh Allah sebelum berpisah.” (H.R. Abu Dawud)Besarnya ganjaran pahala bersalaman sesama muslim ini jangan dipandang remeh atau dibuat sambil lewa,bahkan mungkin ada yg melakukannya hanya sebagai kelaziman atau ikut-ikutan.Bukanlah hanya menangis ditikar sembahyang, di dini hari yg sunyi,dlm raungan taubat dan munajat akan menggugur dosa,tetapi hanya dengan bersalaman dg ikhlas dan dilakukan sebagai menurut sunnah,digugurkan dosa kita.Jika oku ini yg tiada kedua tangan pun tetap mahu bersalam dengan caranya,janganlah kita yg sempurna anggota mengabaikan bersalaman bila bertemu dan lakukan dg penuh keinsafan serta mengharap diampun dosa.
Bersalamlah dengan muka yg berseri.Sabda nabi,”Janganlah kamu meremekan suatu kebaikan apapun sekalipun hanya menjumpai saudaramu dengan wajah yang berseri-seri”. Diriwayatkan oleh Muslim dari hadits Abu Dzar Radhiyallahu anhu.Cuma jangan disalah amal bersalam dg berbeza jantina dan tiada hubungan kekeluargaan yg rapat.
Jangan niat bersalam kerana duit
Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah dalam kitabnya “Jalâ’ul afhâm fi Fadhli ash-Shalât ‘ala Khairil Anâm” menyebutkan empat puluh satu (41) tempat yang disyari’atkan bershalawat padanya, tetapi tidak disebut waktu berjabat tangan. Ini memperkuat pernyataan bahwa bershalawat tatkala berjabat tangan adalah perkara yang bid’ah yang tidak ada landasannya dalam agama.Utamakanlah bersalam dalam pertemuan setelah itu baru yg lain.Dilarang juga membongkok ketika bersalam untuk tujuan menghormati.Anas bin Malik Radhiyallahu anhu berkata :
“Seseorang bertanya, ‘Wahai Rasûlullâh, salah seorang dari kami berjumpa dengan saudaranya atau temannya, apakah ia menundukkan punggung kepadanya?’ Beliau menjawab, ‘Tidak,’ Apakah ia memeluk dan menciumnya ?’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, ‘Tidak,’ Apakah ia memegang tangannya kemudian ia berjabat tangan dengannya?’ Beliau menjawab, ‘Ya” (Riwayat Tirmizi)
Janganlah berkongsi niat bersalam untuk dapat duit raya, untuk dapat envelope berisi dari tetamu ke majlis kahwin kita,bersalam kerana nak bodek bos,bersalam kerana dia artis dsbnya. . Wallahu a’lam abdghaniharon
Sumber : Abd Ghani Haron
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment