Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi MH17: Prosiding kehakiman terhadap pihak bertanggungjawab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi MH17: Prosiding kehakiman terhadap pihak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR)  berpendirian bahawa dapatan muktamad Pasukan Penyiasatan Bersama bahawa penerbangan MH17 Malaysia Airlines dapat dijadikan sebagai bukti kukuh yang membolehkan prosiding kehakiman dimulakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan tragedi itu.

Pesawat itu telah ditembak jatuh puak pemberontak pro-Rusia menggunakan peluru berpandu Buk 9M38 dari sebuah lokasi di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

“Berdasarkan bukti forensik yang cukup jelas ini, saya menggesa Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, untuk segera mengumumkan langkah Kerajaan yang seterusnya,” kata Ketua Pembangkang

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dalam satu kenyataan.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ingin tahu bagaimana pihak Kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17.

Ujar Presiden PKR itu, parti itu  akan membawa isu berkenaan dalam sidang Parlimen seterusnya demi memperjuangkan keadilan bagi mereka yang terkorban  dalam nahas terbabit serta  keluarga mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak  dalam satu kenyataan di Jerman berkata, Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

“Pasukan siasatan bersama telah membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia dan tembakan itu dilepaskan dari kawasan yang dikuasai pemberontak.

“Berdasarkan dua dapatan ini, Malaysia mahu tindakan tegas diambil. Kami telah berjanji bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ini akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada media Malaysia. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.