Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teksi Lambat Punca Nurul Izzah Guna GrabCar? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teksi Lambat Punca Nurul Izzah Guna GrabCar?

nurul_izzah_grabcar

Pakatan Harapan sentiasa konsisten dalam mempertahankan maruah dan pendapatan pemandu-pemandu teksi.   Sejak sekian lama, Pakatan Harapan sajalah yang ke hadapan membela nasib para pemandu teksi dari ditekan kerajaan memerintah, dan ini bermula bukan sehari dua, malah sejak 1998 lagi.

Justeru, dalam hal Naib Presiden PKR, merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggunakan perkhidmatan GrabCar yang dibantah pemandu teksi di negara ini seperti yang menjadi viral semalam, pemandu teksi tidak perlu melatah kerana tidak ada undang-undang yang dilanggar.

Selain itu, ia adalah hak YB Nurul untuk menggunakan apa juga perkhidmatan pengangkutan awam yang disukai beliau, ia adalah wangnya bukan minta wang dari pemandu teksi.

Lagipun kita difahamkan ada kemungkinan Nurul Izzah menggunakan perkhidmatan GrabCar kerana beliau dalam keadaan ingin cepat untuk membantu rakyat, sedangkan perkhidmatan teksi mungkin tidak ada sewaktu itu.

Perlu diingat, sebagai ahli parlimen pembangkang, beliau tidak disediakan kemudahan pemandu dan kenderaan rasmi, jadi apa pilihan yang ada baginya?

Suami pun tidak ada kerana sudah berpisah lebih 2 tahun lepas!!  Jadi salahkah kalau Nurul Izzah guna perkhidmatan GrabCar?

Yang penting sekarang, selagi ibu Nurul Izzah tidak menggunakan perkhidmatan GrabCar, pemandu teksi tidak ada sebab untuk marah tidak tentu pasal.  Seperti yang kita semua tahu, Datuk Seri Wan Azizah paling kerap menyertai demonstrasi pemandu teksi membantah Grabcar ini, bukan Nurul Izzah.

Rasional sikit wahai pemandu teksi.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dt8Xhq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.