Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Bayangan Tetap Jadi Tanda Tanya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Bayangan Tetap Jadi Tanda Tanya

PM bayangan tetap jadi tanda tanya

 

SEKIRANYA pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, siapakah perdana menteri bayangan mereka?

Melalui analisis berita, Timbalan Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan merumuskan, pakatan pembangkang seharusnya rasa bimbang ketiadaan pemimpin mereka yang dilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri sekiranya menewaskan BN suatu hari nanti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tokoh paling layak mengambil alih jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, kenyataan beliau ditolak oleh Pakatan Harapan dengan menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon pilihan mereka.

Tian Yan berpendapat, Anwar dan Muhyiddin, kedua-dua berusia 69 tahun, adalah dua pemimpin yang pernah memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan mempunyai pengalaman luas dalam politik.

Kedua-dua mereka juga mempunyai persamaan, iaitu meninggalkan Umno setelah hilang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Cuma yang membezakan mereka ialah Anwar memimpin sebuah parti yang berbilang kaum, dan Muhyiddin pula memimpin parti Melayu.

Dari segi pengalaman memimpin parti pembangkang, sudah tentu Anwar mempunyai kelebihan, berbanding Muhyiddin.

Beliau menulis lagi, cuma Anwar ketika ini masih meringkuk dalam penjara, malah mustahil boleh bertanding dalam PRU14. Dengan kata lain, Anwar tetap menerima halangan untuk dipilih sebagai perdana menteri.

Begitu juga dengan Muhyiddin, masih menjadi tanda tanya sama ada disokong atau tidak kerana dianggap ‘orang baharu’ dalam parti pembangkang.

Malah, parti baharu yang diketuainya turut diragui akan kemampuan sebenar sekiranya bertanding dalam PRU akan datang.

Lain-lain calon seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali buat masa ini dilihat masih belum layak untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Ketiadaan calon perdana menteri bayangan yang mampu memimpin dan menjadi nadi menyatupadukan semua parti komponen adalah masalah yang perlu dititikberatkan oleh pakatan pembangkang.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dbL1iY

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.