Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRU 2018: Agensi berita salah lapor, kata PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRU 2018: Agensi berita salah lapor, kata PM

WISMAR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menjelaskan salah lapor sebuah agensi berita mengenai komennya berhubung mengadakan pilihan raya.

“Saya tidak mengatakan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 2018. Apa yang saya katakan adalah bahawa pilihan raya tidak dijadual sehingga 2018 tetapi tarikh pilihan raya tidak bergantung kepada faktor tunggal. Ia bergantung kepada beberapa faktor.

“Saya tidak menyatakan dengan pasti untuk pilihan raya pada 2018 atau saya tidak menyatakan kesanggupan untuk pilihan raya awal,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jerman.

Agensi berita itu telah memetik Najib, yang juga Menteri Kewangan, sebagai berkata bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sebelum 2018. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.