VIRAL Kerbau Minum Teh O Ais. Ini Cerita SEBENAR Dari Pemilik Kerbau Yang Ramai TAK TAHU !!!
VIRAL Kerbau Minum Teh O Ais. Ini Cerita SEBENAR Dari Pemilik Kerbau Yang Ramai TAK TAHU !!! | Bagan Serai : Kerbau betina yang diberi nama Mek mencuri perhatian ramai apabila gemar meminum teh o ais yang diperolehi di gerai makan di Jeti Nelayan, Kampung Selinsing, dekat sini.
Gelagat Mek yang ternyata mencuit hati turut menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Katanya, ketika dibeli dan dipisahkan daripada ibunya, haiwan itu merajuk tidak mahu makan dan minum selama beberapa hari.
“Kebiasaannya kerbau meminati minuman air gula merah dan air garam namun Mek langsung tidak. Selepas pelbagai usaha dilakukan akhirnya dia berjaya dipujuk dengan sebungkus tea o ais yang kebetulan saya beli untuk diminum sendiri.
“Sejak dari itu, dia sering minum minuman seperti manusia seperti Milo, Kopi, namun lebih menggemari Teh O Ais,” katanya.
Sementara pemilik gerai, Jamilah Osman, 49, berkata, kerbau itu sering berkunjung ke belakang premis perniagaannya untuk meminta minuman kesukaannya itu.
Katanya, setiap hari, Mek akan berjalan hampir satu kilometer dari rumah pemiliknya dan singgah dipremisnya untuk menikmati minuman kegemarannya itu.
“Haiwan itu akan berkunjung ke premis ini untuk minuman Teh O Ais sebanyak dua kali setiap hari iaitu pada sebelah pagi sekitar 10 pagi dan 5 petang.
“Namun menariknya Mek hanya berkunjung ke belakang premis perniagaan dan tidak datang ke bahagian hadapan untuk mengambil minuman kegemarannya itu. Malah hanya akan minum minuman itu jika seseorang menuangkan ke dalam mulutnya,” katanya.
Menurut Jamilah, setiap hari Mek akan minum dua atau tiga bungkus minuman di kedainya namun dia langsung tidak merasa terbeban dengan Mek.
Sumber : Harian Metro
P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!
The post VIRAL Kerbau Minum Teh O Ais. Ini Cerita SEBENAR Dari Pemilik Kerbau Yang Ramai TAK TAHU !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2dm6yHO
Post a Comment