Hi! Welcome Back and Stay Tune! Klimaks gangguan elektrik di Kabong memuncak, pegawai bertanggungjawab ditukar serta-merta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Klimaks gangguan elektrik di Kabong memuncak, pegawai bertanggungjawab ditukar serta-merta

KABONG: Krisis gangguan bekalan elektrik yang melanda kawasan Kabong mencapai klimaksnya apabila pihak berkuasa bekalan elektrik mengambil tindakan drastik dengan menukar Pegawai Menguasa Bekalan Elektrik Daerah Saratok dengan serta-merta.

Seterusnya tempat yang terpaksa dikosongkan oleh pegawai terbabit kini diisi oleh Ho Cheng Kun selaku Pegawai Menguasa Elektrik Daerah Saratok yang baharu.

kabong-tukar-pegawai_0001

Jurutera Elektrik Bahagian Betong, Leonard Lai menjelaskan perkara tersebut sewaktu hadir pada sidang randau bersama ketua masyarakat dan pemimpin setempat di Pejabat Daerah Kabong hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir dan juga Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap.

Dalam sidang randau berkenaan pihak terbabit turut menjelaskan beberapa perkara yang menyebabkan kerapnya berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan berkenan.

“Pihak kami telah melakukan pemantauan di semua kawasan yang terlibat bagi memgenal pasti punca gangguan bekalan elektrik selama ini.

“Terdapat di beberapa tempat berlaku kerosakan membabitkan kabel elektrik dan juga bahagian tertentu transformer.

“Turut dikenal pasti adalah adanya gangguan berpunca daripada pokok-pokok yang terlalu hampir dengan kabel dan ada di antaranya tumbang menimpa kabel elektrik sehingga menyebabkan kabel terputus dan tiang elektrik tumbang.

kabong-tukar-pegawai_0002

“Tindakan segera kini sedang dilaksana bagi membaiki kerosakan yang dikenal pasti. Namun, ada kerosakan yang akan mengambil masa untuk dibaik pulih memandang kerja-kerja menyelenggara agak rumit dan memerlukan pemberhentian bekalan elektrik buat beberapa ketika di kawasan yang terlibat. Kerja-kerja penyenggaraan akan ditumpukan pada hujung minggu,” ujarnya.

Pegawai Projek Elektrik Sri Aman, Tawie Ason yang turut hadir pada majlis berkenaan turut memberitahu pihak berkuasa bekalan elektrik akan melaksanakan pembinaan kabel kedua sebagai menampung keperluan pengguna yang kian meningkat sekarang.

“Pembinaan talian kedua akan lebih terancang dan teliti.Ia turut memerlukan kerjasama penduduk yang mana tanah mereka akan dilalui bagi tujuan pembinaan talian kabel yang baharu itu . Ia akan dilaksana dalam masa terdekat.

“Kabel sedia ada juga akan ditukar secara berperingkat dan sedang berlangsung sekarang.

“Kawasan Kabong kini hanya menikmati kapasiti elektrik sebesar hanya 11 KV berbanding Saratok dengan 33 KV. Pihak kami akan berusaha bagi meningkatkan kapasiti bekalan tenaga elektrik di kawasan Kabong agar gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan. Sebuah lagi transformer baharu akan dibina berdekatan klinik Kabong dalam masa terdekat, ” ujarnya.

Dua pegawai terlibat turut menyatakan kesediaan pihak mereka untuk mengambil tindakan segera bagi menangani setiap masalah elektrik yang timbul selepas ini.

Masalah gangguan bekalan elektrik di Kabong sebelum ini hangat diperkatakan dan Sarawak Voice turut menyiarkan masalah tersebut beberapa kali. – Sarawakvoice

kabong-tukar-pegawai_0000



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.