Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr M singgung Perasaan Jerman, Kata Menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr M singgung Perasaan Jerman, Kata Menteri

download-10

 

Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pendukung perdana menteri dengan membandingkan mereka dengan menteri propaganda Nazi Joseph Goebbels menyinggung perasaan Jerman, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Lebih-lebih lagi, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, ia dilontarkan ketika Datuk Seri Najib Razak berada di negara itu.

“Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman – negara yang membawa kumpulan pelabur Eropah terbesar ke Malaysia tahun lalu,” katanya.

Datuk Seri Najib Razak kini sedang menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, kata pengarah komunikasi strategik BN itu.

Katanya, kedua-dua pemimpin sedang berusaha ke arah meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia serta rakyatnya.

Pelaburan keseluruhan Jerman bernilai AS$11.4 bilion.

Mahathir semalam secara sinis berterima kasih kepada pendukung Najib yang menurutnya memberi “berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan”.

Nama Rahman disebut langsung dalam kenyataan itu, selain beberapa menteri dan pegawai kanan perdana menteri.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cMFfp4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.