Hi! Welcome Back and Stay Tune! UM nafi anugerahkan ijazah Ph.D kepada Azizan Osman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UM nafi anugerahkan ijazah Ph.D kepada Azizan Osman

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) dalam satu kenyataan medianya hari ini memaklumkan bahawa pihaknya tidak pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada motivator terkemuka, Azizan Osman.

Menurut kenyataan Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporatnya, kenyataan media tersebut terpaksa dilakukan setelah perkara tersebut menjadi viral dan dibangkitkan di laman-laman media sosial.

85f6d6eb-e879-4581-b585-d98da6e8e8e2

Dengan penjelasan ini kata pejabat itu lagi, ia dapat menjawab kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berkaitan dakwaan tersebut.

Terdahulu, Azizan didakwa menerima Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan dan laman web Richwork telah memuat naik status pencapaiannya yang menunjukkan beliau memperoleh Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM).

Azizan merupakan penulis buku terlaris ‘Magnet Kekayaan & Kejayaan’, ‘Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan’, ‘21 Formula Hidup Luar Biasa’, ‘Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya’ dan bekerjasama menulis buku ‘Beat The Curve’ dengan perunding motivasi bertaraf dunia, Brian Tracy yang dilancarkan di Amerika Syarikat pada Januari 2016.

Pengalaman luas beliau dalam perniagaan, pemasaran, pengiklanan serta keusahawanan bukan sekadar terbukti berjaya membangunkan organisasi perniagaannya, malah pengalaman itu dijadikan ilmu untuk dikongsikan bersama orang ramai dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan usahawan di Malaysia sejak 2008.

21-tips-mudahnya-berniaga-e1410192759380

Sebagai pencetus fenomena baru keusahawanan terutamanya dalam kalangan Bumiputera, seminar beliau yang dihadiri lebih 650,000 peserta dalam tempoh tujuh tahun.

Seminar anjuran beliau di bawah syarikat Richworks International dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

Azizan juga adalah Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan untuk Kumpulan Syarikat Richworks yang berpengalaman dalam industri pengiklanan dan perunding strategi pemasaran sejak 2001.

Malah beliau mengetuai pengurusan portfolio kempen pemasaran bagi organisasi gergasi termasuk TM, DiGi, Celcom, HSBC, Standard Chartered dan WWF.

ab317887-2e92-477e-8381-21fea1cc7a4d

Beliau turut terlibat dalam program pembangunan dan latihan ramai usahawan menerusi organisasi beliau sebelum membuat keputusan untuk membina agensi pengiklanan berakreditasi 4A iaitu ABC Mediaworks Sdn Bhd (sebuah syarikat kumpulan Richworks) pada tahun 2008.

Selain industri pengiklanan dan pemasaran, Richworks juga terlibat dalam bidang pelaburan hartanah, perundingan perkhidmatan korporat, pendidikan dan latihan keusahawanan serta mewujudkan sebuah kolej pendidikan dan latihan keusahawanan bertaraf diploma dan ijazah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang beroperasi di Shah Alam, Selangor.

Azizan hanya berkelulusan Diploma Analisa Pelaburan daripada Universiti Teknologi Mara pada 1996 tetapi berjaya membina perniagaan sehingga mencapai status jutawan pada 2006.

Namun beliau dikatakan sangat percaya dengan pembelajaran sepanjang hayat yang akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan MBA dan PhD daripada sebuah universiti tempatan pada tahun 2009 untuk lebih memahami ilmu akademik yang diajar di peringkat universiti tentang dunia perniagaan dan keusahawanan. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.