Hi! Welcome Back and Stay Tune! MH17: Beranikah Najib Gantung SU30MKM Sebagai Tanda Bantahan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MH17: Beranikah Najib Gantung SU30MKM Sebagai Tanda Bantahan?

151013084732-malaysia-airlines-mh17-russian-view-00005101-large-169

Selepas disahkan badan penyiasat nahas MH17 semalam bahawa nahas itu adalah disebabkan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pihak pemisah yang disokong Russia, maka sepatutnyalah negara ini bertindak balas dengan segera.

Menurut ahli parlimen Lumut dari PKR, Laksamana Pertama TLDM (B) YB Mohammad Imran Ab Hamid, angkatan tentera negara ini menggunakan banyak peralatan ketenteraan dari Russia seperti jet pejuang dan peluru berpandu dan sewajarnyalah perkhidmatan semua peralatan ini digantung sebagai tanda bantahan.

Antara peralatan ketenteraan Russia yang berada dalam perkhidmatan ATM adalah SU30MKM, MIG29N dan pelbagai jenis peluru berpandu.  Kehadiran senjata canggih dari Russia ini diketahui telah menimbulkan kebimbangan di kalangan negara-negara jiran seperti Singapura.

su-30mkm-117

Sekalipun penggantungan perkhidmatan itu bakal melemahkan kekuatan ketenteraan negara tapi itu tidak mengapa kerana negara kita bukan berada dalam keadaan berperang mahupun dalam krisis dengan mana-mana negara luar.

Jika sekalipun ada krisis, negara masih mempunyai beberapa jenis peralatan ketenteraan dari negera-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan sebagainya yang boleh digunakan.

Tapi agak-agak, beranikah Najib melakukan sedemikian kerana diketahui Najib memerlukan pengaruh Russia untuk terus berkuasa sebagai Perdana Menteri di negara ini.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dmdO6w

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.