‘Seorang Ibu Yang Baik Akan Pujuk Anak Tu Ikut Si Ayah. Bukan Guling Atas Lantai’ – Dr Razak
Menyedari hakikat hak jagaan anak bawah umur hampir mustahil menyebelahi dirinya, seorang ayah yang bertanggungjawab sudah pasti akan berusaha untuk berjumpa dan berkasih sayang dengan anaknya. Biarlah suami dan isteri saja yang bercerai. Anak tidak boleh dinafikan hak mereka untuk berkasih sayang dengan ibu dan ayah mereka.
Malangnya, dalam kebanyakan kes, proses ini (berjumpa dgn anak) akan menjadi menjadi sukar atau disusahkan malah ramai yang dinafikan hak ini sama sekali.
Apabila proses rundingan gagal, Si ayah tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa merujuk kes kepada mahkamah. Ini adalah sifat seorang ayah yang amat bertanggungjawab. Yang sanggup bersusah payah dan berbelanja guaman besar demi memastikan kelangsungan kasih sayang antaranya dan anaknya terus berlaku. Ia suatu usaha yg terpuji.
Kalau bangsa tak bertanggungjawab, lepas cerai dia terus blah saja dan kawin lain. Tanggung lah kau sendiri anak dari perkahwinan lama sampai mampus. 😏
Sebelum kes disebut di mahkamah, kedua2 pasangan akan dipanggil untuk majlis sulh, sebuah proses runding bicara dihadapan seorang pegawai sulh. Jika proses ini berjaya dan mencapai kata sepakat, maka terma-terma akan direkod dan difailkan ke mahkamah syariah dan ia akan menjadi PERINTAH. Jika si ibu secara sukarela menyerahkan hak jagaan anak pada bekas suami pada masa ini pun boleh, tapi ia amat jarang berlaku.
Jika majlis sulh ini gagal, maka kes akan dibawa ke mahkamah untuk disebut dan dibicarakan di hadapan hakim.
Si ayah penyayang yang sedar bahawa impiannya untuk memiliki hak jagaan mutlak anak bawah umur tersebut yang hampir mustahil, akan meminta hanya hak bermalam bersama anak tersebut.
Hak bermalam ni misalannya sebagai contoh, pada setiap hujung minggu pertama dan ketiga, si ayah boleh ambil anak tersebut untuk pulang ke rumah ayah atau dibawa bercuti ke mana2 dan dipulangkan setelah habis hujung minggu kepada si ibu. Ada juga cara2 lain bergantung kepada kesesuaian masing2. Ambik sat saja dan dipulangkan lepas tu. Memang tak puas pun tempoh tu nak berkasih sayang dengan anak. Rasa kejap sangat. Majoriti masa anak adalah tetap dengan si ibu. Hiduplah si ayah yang penyayang dalam kerinduan sentiasa pada si anak. 😔
Si ibu pula, sudah semestinya akan menyukarkan permintaan ayah ini dengan memfailkan alasan2 kenapa permintaan si ayah adalah tidak logik dan mahkamah tidak patut membenarkannya.
Proses perbicaraan akan mengambil masa yang lama tetapi sementara itu mahkamah akan memberikan perintah Ex-parte (perintah sementara) yang menjamin hak si ayah untuk berjumpa dan bermalam dgn anak tersebut.
Berbalik semula kepada alasan2 si ibu, antara yang paling biasa adalah, anak itu akan penat kerana terpaksa berulang alik Selangor ke Kedah misalannya (ayah duduk Kedah, mak lari pi duduk Selangor).
Hangpa tau apa hakim akan cakap?
“Apa masalah ayah dia duduk jauh? Dia yang datang, dia yang ambik anak, dia yang drive dan belanja guna duit sendiri demi anak tu dan dia juga akan hantar balik anak tu pada kamu!
Kalau si ayah tu kerja kat Arab Saudi sekalipun, dan DIA MAMPU balik untuk jumpa dan bawak anak dia bermalam dan pulangkan balik tanpa ganggu sekolah dan kebajikan anak tu apa masalahnya?
Kenapa perlu susahkan si ayah jumpa anak? Takkan nak besarkan anak tu jadi anak derhaka?
Bapak ni pulak dah lah tall, dark and hensem, kerja pun bagus dan takde masalah agama atau akhlak.”
Brader dalam video yang viral tu, cuma dapat hak bermalam saja. Dia seorang ayah yang bertanggungjawab dan tak mahu abaikan amanah dia sebagai bapa. Berulang kali dia cakap dalam video tu, “tomorrow 10am dia pulang balik.”
Apa sebab kena drama macam tu?
Kalau anak tak mau ikut atau meragam, seorang ibu yang baik akan pujuk anak tu ikut si ayah. Bukan guling atas lantai.
Sumber : Oh My Media TV
Post a Comment