Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ku Li: Pemimpin politik sekarang utamakan kepentingan diri daripada kepentingan rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ku Li: Pemimpin politik sekarang utamakan kepentingan diri daripada kepentingan rakyat

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kini banyak orang memikirkan kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat dalam politik.

“Kita tengok pemimpin dulu semuanya mati tidak ada duit, tiada ada harta, Tengku (Abdul Rahman), begitu juga Tun Razak dan Tun Hussein Onn, selain pemimpin pembangkang, contohnya Datuk Asri Muda dan Ustaz Fadzil Noor,” katanya.

“Tetapi orang sekarang bertujuan lain sedikit. Biarlah, keadaan negara kita sudah berubah. Kita sudah maju sedikit dan sudah tentu hendak merasa juga kemewahan yang ada. Tetapi janganlah itu menjadi perkara utama mereka. Menyertai parti politik (tujuannya) untuk teruskan perjuangan,” katanya dalam satu wawancara dengan Sinar Harian.

Kata Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi: “Tetapi nampaknya (ada yang) lebih materialistik daripada dulu-dulu. Macam saya dulu, saya masuk bukan niat nak jadi menteri. Kita masuk kerana hendak menyumbang tenaga. Saya pilih Gua Musang, dulu (dipanggil) Hulu Kelantan. Saya boleh pilih Kota Bharu (kerana ketika itu) saya jadi Setiausaha Perhubungan Umno Kelantan, Tunku Abdul Rahman menjadi pengerusi.”

“Saya boleh pilih hendak jadi ketua di mana-mana sahaja pun. Di Gua Musang saya terpaksa berjalan kaki berbatu-batu hendak pergi melawat kampung-kampung. Kenapa saya hendak pilih di sini? Kerana saya hendak berkhidmat. Malah rumah yang diduduki sekarang pun saya beli tanah, bukan saya ambil daripada kerajaan,” katanya lagi.

“Saya boleh ambil tanah daripada kerajaan, tidak ada siapa tahu pun. Tapi saya tidak ambil. Ini soal prinsip. Kita buat bukan untuk kepentingan diri. Setakat yang termampu itulah kita lakukan,” ujar bekas Menteri Kewangan itu.

Ujarnya lagi, sekarang ini nampak orang yang hendak kepada harta pun bukan hendak satu bilion dua bilion, tetapi hendak lebih daripada itu.

“Mengapa jadi begitu? Kita utamakan lebih soal fizikal daripada soal utama yang kita patut berjuang. Islam tidak ajar kita begitu. Ibu bapa kita tidak ajar kita begitu. Jadi apabila kita sudah masuk dalam arena ini kita rasa tamak. Bagaimana kita hendak berjuang untuk orang kalau kita sudah tamak. Kita sudah tidak amanah ataupun kita sudah rasa tamak,” tambahnya.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.