Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liow: 100 individu terlibat tragedi MH17 kini dikenal pasti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liow: 100 individu terlibat tragedi MH17 kini dikenal pasti

PUTRAJAYA: Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk MH17 telah mengenal pasti identiti kira-kira 100 individu yang boleh dikaitkan dengan tragedi tersebut.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara tersebut terkandung dalam laporan interim yang dikeluarkan oleh JIT semalam, biarpun masih belum dapat menentukan pelaku yang bertanggungjawab terhadap insiden tragis ini.

“Laporan tersebut juga telah mengesahkan laporan teknikal yang lebih awal oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) bahawa pesawat itu telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara jenis BUK 9M38.

“Laporan tersebut juga membuat kesimpulan bahawa lokasi sebenar tapak pelancaran adalah di sebidang tanah pertanian berhampiran Pervomaiskiy, sebuah bandar di Kharkiv, Ukraine – kawasan yang dikawal oleh pemberontak proRusia pada masa itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Penemuan ini katanya, adalah konsisten dengan laporan DSB berdasarkan bahan bukti yang diambil dari Amerika Syarikat dan Agensi Angkasa Eropah.

Jelas Liow, Malaysia bersama-sama rakan JIT lain iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia tidak pernah goyah daripada usaha untuk mendapatkan keadilan.

“Kami memuji akan pengumuman bahawa perjanjian JIT akan dilanjutkan sehingga Januari 2018 untuk membolehkan siasatan diteruskan tanpa henti.

Berbekalkan laporan JIT dan DSB katanya, Malaysia adalah yang lebih tegas dan komited untuk mendapatkan keadilan.

“Sebagai sebahagian daripada JIT, Malaysia masih berpandangan untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam tragedi malang ini melalui mekanisme perundangan yang sesuai.

“Kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dalam JIT yang telah menjalankan siasatan secara terperinci dan telus.

Ketika ini katanya, ingatan dan doa seluruh rakyat Malaysia dan dunia adalah kepada waris dan orang tersayang yang ditinggalkan oleh setiap penumpang dan anak kapal MH17.

“Saya telah berkata banyak kali bahawa masyarakat antarabangsa perlu bersatu dalam usaha untuk menjadikan langit kita lebih selamat.

“Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-39 semalam, saya mengulangi rayuan kepada negara-negara untuk meningkatkan standard dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa bagi meningkatkan keselamatan dan selain memastikan penerbangan awam global bebas daripada ancaman keselamatan.

Katanya, selepas ini harus ada laporan tepat dan maklumat mandatori berkaitan risiko terbang di zon konflik untuk ahli-ahli ICAO.

“Malah ICAO mesti mewujudkan protokol global untuk menyebarkan maklumat ini kepada negara-negara anggota dan syarikat penerbangan agar kejadian yang sama tidak akan berulang,” jelasnya.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) berikrar untuk terus bekerjasama dengan JIT untuk membawa dalang yang menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan.

Jurucakap Jabatan Negaranya, John Kirby berkata, bukti baharu yang dikemukakan oleh JIT semalam sebagai selari dengan kenyataan Setiausaha Kerajaan AS, John Kerry, sebelum ini.

“Kerry pernah menyatakan pesawat MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan kumpulan pemisah pro-Russia di timur Ukraine.

“Selepas MH17 ditembak jatuh sehingga mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, pelancar itu telah dikembalikan kepada Rusia.

Kirby berkata, pengumuman JIT itu adalah sinar baharu kepada waris penumpang supaya dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.