Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bajet 2017: Najib teruja dengan cadangan rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bajet 2017: Najib teruja dengan cadangan rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menerima beribu-ribu cadangan berkaitan Bajet 2017 daripada pelbagai peringkat masyarakat negara ini, tetapi satu daripada cadangan yang menarik perhatian beliau datang daripada Suhaili Suhaimi.

“Salah satu cadangan bagi #Bajet2017 yang telah saya baca dan suka ingin kongsikan adalah daripada Suhaili Samsuri, mengenai penyediaan lebih banyak kemudahan dialisis, terutamanya di luar bandar,” kata Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya ada banyak lagi cadangan bernas rakyat Malaysia seperti ini yang boleh membantu penyediaan #Bajet2017. Kongsi dengan saya dibajet2017.najibrazak.com,” tambahnya.

Menurut Suhaili, kemudahan dialisis di luar bandar amat penting kerana penduduk terbabit kini terpaksa berulang alik ke bandar atau pekan bagi mendapatkan rawatan.

Malah, menurut beliau, kos rawatan juga mahal.

Sebelum ini, Najib telah meminta rakyat supaya mengemukakan cadangan bernas bagi memantapkan Bajet 2017.

Perdana Menteri berkata, mereka boleh memberi cadangan berkenaan hingga 19 September di laman khas yang disediakan.    

“Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 September, idea boleh dikemukakan di http://ift.tt/2ctqYio,” katanya dalam catatan di laman Twitter.  

Setakat ini, antara cadangan adalah berkaitan masalah kos sara hidup, perumahan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, prasarana, pembangunan luar bandar atau keselamatan. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.