Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelakon terkenal 22 tahun rogol wanita pekerja hotel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelakon terkenal 22 tahun rogol wanita pekerja hotel

TOKYO: Pelakon Yuta Takahata, 22,  dibebaskan dengan jaminan polis selepas pendakwa memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan kes rogol membabitkan pekerja hotel di sebuah bandar di negara ini.

“Saya seikhlasnya memohon maaf, “ kata Takahata sambil menunduk kepala kepada media, memohon maaf.

Takahata  menurut laporan media di negara ini, menyelesaikan kes berkenaan dengan mangsa keganasan seksual berkenaan, yang menyebabkan pendakwa menggugurkan kes itu.

Polis berkata,  Takahata mengakui merogol wanita berkenaan, memberitahu mereka bahawa, beliau tidak dapat mengawal keinginannya selepas melihat wanita itu.

“Saya melihat wanita itu dan tidak dapat mengawal keinginan seks saya,” katanya kepada polis.

Wanita dalam lingkungan 40-an itu cedera.

Anak kepada pelakon  wanita terkemuka Jepun Atsuko Takahata itu merupakan bintang yang menyinar di langit seni Jepun, dengan sering muncul di kaca TV dan filem seperti Guru Guru Ninenty Nine dan drama Aogeba Toutoshi.

Police berkata,  Takahata melakukan serangan seksual terhadap wanita itu di dalam biliknya selepas balik daripada sesi minum.

Penyiasat berkata, Takahata meminta pekerja hotel terbabit mengambil berus gigi untuknya, dan kemudiannya menarik wanita itu ke dalam biliknya sekitar 2 pagi pada 23 Ogos lalu.

Pelakon berkenaan menekan tangan dan kaki wanita itu ketika kejadian.  

Sekitar 3.30 pagi, teman mangsa telah menghubungi polis.

Takahata  telah tinggal di hotel itu sejak 21 Ogos untuk penggambaran filem.

Ibunya, pelakon dan personaliti TV terkenal, telah mengadakan sidang akhbar pada 26 Ogos, memohon maaf secara rasmi kepada mangsa atas tindakan anaknya itu.

Beliau mengakui masih terkejut dengan kejadian yang berlaku, dan berkata, beliau tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk memohon maaf.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang perlu saya lakukan,” katanya.

Sejak kejadian itu, blog rasmi Takahata telah dipadamkan, manaka Twitter dan Instagramnya tidak lagi dibuka kepada umum. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.