Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kawal kenaikan harga rumah, pastikan rakyat mampu miliki kediaman sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kawal kenaikan harga rumah, pastikan rakyat mampu miliki kediaman sendiri

TANJONG KARANG: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, Dasar Perumahan Negara yang akan berakhir pada tahun depan akan dikaji semula.

“Hal ini adalah bagi menimbang campur tangan kerajaan untuk mengawal harga rumah di negara ini,” katanya.  

Noh menjelaskan kementeriannya akan mendapatkan syor daripada Majlis Profesor Negara bagi melaksanakan kajian semula terhadap dasar itu.

“Kabinet telah mengarahkan dasar ini untuk dikaji semula. Di peringkat kementerian, kita mula memanggil Majlis Profesor Negara sebagai pakar rujuk untuk mengkaji semula dasar ini,” ujarnya.

“Melihat kepada dasar yang ada sekarang, harga rumah, selain daripada kos rendah, ditentukan mengikut pasaran bebas. Kita akan lihat sama ada terdapat cara kerajaan boleh kawal harga perumahan bagi membolehkan semua rakyat memiliki rumah,” jelasnya.

Noh berkata menerusi Dasar Perumahan Negara ketika ini, kerajaan hanya mempunyai kuasa mengawal harga rumah kos rendah yang berharga tidak lebih daripada RM42,000 serta berkeluasan 60.3 meter persegi (650 kaki persegi).

“Melihat kepada dasar yang ada sekarang ini, harga rumah selain daripada kos rendah ditentukan mengikut pasaran bebas,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu bagi membolehkan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai kemampuan memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Karang semalam.

Justeru, katanya, pihaknya akan meneliti sama ada kerajaan boleh mengawal harga rumah di negara ini bagi membolehkan semua rakyat memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan mereka. Bagi Noh, kajian mengenai perkara itu boleh diperhalusi di peringkat kementerian terlebih dahulu.

Tujuan kajian itu, antara lain, katanya, adalah untuk menangani kenaikan harga rumah, selain membolehkan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai rumah sendiri. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.