Pas sambut baik cadangan Tun M
SHAH ALAM – Pas sambut baik cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti pembangkang bersatu menumbangkan BN.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, bentuk kerjasama yang boleh dijalankan adalah perbincangan supaya hanya berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN pada PRU14.
“Soal supaya bergabung itu, saya rasa pimpinan Pas tidak ada bincang. Kerjasama ini tidak semestinya bergabung, mungkin kerjasama secara tidak langsung bagi menghadapi pilihan raya.
“Apa yang disuarakan Mahathir bertujuan menukar kerajaan sekarang dan ia selari dengan pendirian Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, Mahathir menyatakan sejak 59 tahun lalu, pembangkang tidak berjaya mengalahkan BN disebabkan kegagalan mereka untuk bekerjasama dengan baik.
Beliau turut menyarankan Pas untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain bagi menumbangkan BN.
Mengulas perkara tersebut, Idris berharap tidak ada pihak melabel Pas bersama BN hanya kerana parti itu tidak berada dalam satu gabungan pembangkang.
“Kita sebuah parti pembangkang dan kami kini berada dalam satu blok politik ketiga pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan),” katanya. – Sinar Harian
.
Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2ctCURV
Post a Comment