JIKA PAK LAH PM TERBAIK, KENAPA MASA DILANTIK TPM, ZAHID JUMPA TUN M?
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi penghormatan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dengan menyifatkannya sebagai “Perdana Menteri yang terbaik” dalam sejarah Malaysia.
Kesian dengan Pak Lah, hanya setelah lebih tujuh tahun meninggalkan jawatannya, barulah penghormatan itu datang kepadanya.
Malah, lebih kesian kerana penghormatan oleh Zahid Hamidi itu hanya hadir setelah lebih setahun beliau menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Yang paling kesian lagi, walaupun beliau mengatakan Pak Lah merupakan Perdana Menteri terbaik dalam sejarah Malaysia, tetapi ketika dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 lalu, beberapa hari kemudiannya, pemimpin yang dikunjunginya untuk meminta nasihat dan pandangan ialah Tun Mahathir Mohamad.
Mengapa ketika itu tidak mengunjungi Pak Lah untuk meminta panduan dan nasihat?
Kalau hari ini Tun Mahathir tidak berbeza pendapat dengan Najib, tidak meninggalkan UMNO dan tidak menubuhkan parti baru, agak-agak siapa yang Zahid puji dan beri penghormatan?
Tun Mahathir atau Pak Lah?
Akhir sekali, kesian dengan Zahid Hamidi….
– http://ift.tt/1Ka9Gf1
Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cfZha7
Post a Comment