Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukar untuk saya memaafkan Anwar, kata Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukar untuk saya memaafkan Anwar, kata Mahathir

KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa setiap kali namanya disebut di dalam buku atau rencana, beliau dilabelkan sebagai Perdana Menteri yang menghumban timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara.

“Hakikat beliau didakwa dan dibicarakan di mahkamah tidak pernah disebut,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata: “Saya adalah seorang pemaaf. Saya memulihkan kerjaya ramai orang yang cuba menggugat saya dalam dunia politik.

Malah saya menamakan salah seorang daripada mereka sebagai pengganti saya selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri,” kata Mahathir dalam memoirnya A Doctor in The House.

Namun, akui Dr Mahathir; “Saya mendapati sukar untuk memaafkan Anwar kerana menjadikan saya ‘dajal’ di mata dunia.”

Dr Mahathir telah berjabat tangan dan bercakap dengan musuh politiknya selama 18 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Beliau mengakui dalam memoir itu bahawa Anwar sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri. “Jika beliau bukan Perdana Menteri maka ia adalah kerana perbuatan beliau sendiri,” tulis beliau dalam buku yang mendapat sambutan itu.

“Beliau tidak memberikan sebarang pilihan selain menyingkirkannya. Saya melakukan apa yang saya rasa terbaik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesilapan, tetapi menyingkirkan Anwar bukanlah satu daripadanya,” ujar Dr Mahathir.

Dr Mahathir telah memecat Anwar pada 1998 selepas berlakunya tuduhan liwat dan salah guna kuasa, sehingga akhirnya Anwar dipenjarakan.

Susulan pemecatan itu Anwar telah melancarkan demonstrasi jalan sehingga suatu ketika 50,000 orang melakukan tunjuk perasaan di Kuala Lumpur, mendesak Dr Mahathir turun dari kerusinya.

Anwar sekali lagi disumbat ke dalam penjara  pada tahun lepas kerana kes sodomi kedua.

Dr Mahathir  kini pengerusi  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas bertindak keluar UMNO beberapa bulan lalu, parti yang diterajuinya selama 22 tahun. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.