Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembantu Najib dakwa Muhyiddin kini jadi ‘balaci’ Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembantu Najib dakwa Muhyiddin kini jadi ‘balaci’ Anwar

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa berpaling kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjadi ‘itik tempang’, dakwa Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

“Saya tidak salahkan Mahathir atas tindakan terdesak terbaru ini.

“Apa lagi pilihan yang beliau ada, selepas kredibiliti presiden parti baru telah dimusnahkan oleh akuan berkanun mahkamah Nika Gee mahkamah.

“Inilah yang menjadikan Muhyiddin sebagai presiden itik tempang dengan segera, tidak efektif walaupun menjaga anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir,” kata beliau dalam kenyataan, malam tadi.

Tengku Sariffuddin merujuk kepada kes perceraian yang didakwa mengaitkan hubungan sulit dengan Muhyiddin yang dinafikan sekeras-kerasnya oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Tengku Sariffuddin berkata, pertemuan Mahathir dengan Anwar di mahkamah pada Isnin yang lalu adalah petanda bahawa Muhyiddin kini menjadi orang kedua kepada bekas ketua pembangkang yang kini dipenjarakan itu.

“Bukan sahaja Muhyiddin kini nombor dua dalam parti Mahathir dan oleh itu, presiden boneka perlu taat kepada segala perintah.
“Namun lebih daripada segala penghinaan ini, masa depan politik Muhyiddin kini bergantung kepada Anwar kerana beliau akan menjadi hanya mampu berkata ‘ya’ atau ‘tidak’ bagi menggembirakan Mahathir.

“Muhyiddin kini tunduk kepada Anwar,” dakwanya. – M’kini

.



Contributer : Malaysia Chronicle http://ift.tt/2cfZgmz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.