Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liga Super: Sarawak seri 1-1 dengan Kelantan setelah mendahului seawal saat ke-35 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liga Super: Sarawak seri 1-1 dengan Kelantan setelah mendahului seawal saat ke-35

KUCHING: Sarawak kempunan tiga mata malam tadi apabila diikat The Red Warrior, Kelantan dengan satu jaringan dalam aksi seimbang di Stadium Negeri.

Anak-anak buah David Usop seharusnya mampu menggayakan rentak kemenangan apatah lagi setelah perancang berbisa Junior Aparecido Guimaro berjaya melepasi pertahanan Kelantan, sebelum menumbangkan penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat seawal 35 saat permainan berlangsung.

Namun nasib tidak menyebelahi skuad Ngap Sayot itu apabila Junior terpaksa dikeluarkan pada minit ke-12 setelah mengalami kecederaan.

Kehilangan Junior jelas menjejaskan perancangan tengah Sarawak, meski hadir dengan beberapa aksi serangan pantas menerusi dua pemain sayap Nur Shamie Iszuan Amin dan Tommy Mawat Mada.

Dengan ketua jurulatihnya, Velizar Popov hanya mampu memberi arahan dari kerusi penonton, Kelantan berusaha bangkit dengan menukar beberapa kali rentak permainan.

Hasilnya pada minit ke-40, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria atau “Kecik” berjaya memanfaat lantunan bola yang terkena palang sebelum itu untuk gol penyamaan.

Memasuki babak kedua, Kelantan yang berada dalam kedudukan keenam liga berusaha bangkit dengan melakukan serangan demi serangan.

Namun benteng Sarawak yang kehilangan Hairol Mokhtar dan Shreen Tambi yang menjalani penggantungan berusaha menyerap tekanan asakan menerusi kombinasi menarik Ronny Harun dan Teah Baysah Dennis.

Malah kecemerlangan Mohd Shahril Sa’ari sekali lagi terserlah dalam perlawanan ini, apabila berjaya menghampakan deretan cubaan jentera serangan Popov.

David yang ditemui selepas perlawanan mengakui sedikit kecewa dengan kegagalan misi memburu tiga mata oleh anak-anak buahnya.

“Namun saya bangga dengan komitmen mereka yang tidak kenal erti penat lelah untuk memburu gol kemenangan sehingga wisel penamat.

“Cuma nasib tidak menyebelahi mereka, mereka sudah berikan yang terbaik,” katanya.

Katanya, kehilangan Junior agak merencatkan perlawanan kerana peranannya sebagai “play maker” dalam perlawanan tersebut.

Sarawak katanya, bernasib baik kerana dapat menurunkan Ronny Harun, yang sehingga malam sebelumnya (Sabtu) mengalami demam yang teruk, sehingga terpaksa bermalam di klinik.

Beliau turut memuji potensi yang ada pada Shamie dan Tommy yang menurutnya, memiliki masa depan yang cerah jika diberi lebih peluang untuk beraksi.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Kelantan, Wan Badri Wan Omar turut memuji anak-anak buahnya yang berjaya bangkit dan membina balik kekuatan biarpun hampir 40 minit ketinggalan oleh gol awal Sarawak.

“Kami memang menghormati pasukan Sarawak dan sedar bahawa bermain di Stadium Negeri merupakan perlawanan yang sukar.

“Syukur alhamdulillah kami dapat mengekalkan rentak permainan dan membawa pulang satu mata yang berharga,” jelasnya.

Kelantan kini berada di kedudukan keenam liga dengan 25 mata, manakala Sarawak berada di kedudukan kesembilan dengan 20 mata.

Sarawak:Mohd Shahril Sa’ari, Ronny Harun, Makache Ndumba, Rames Lai Ban Huat, Mohammad Dzualzlan Ibrahim, Mohd Shahrol Saperi, Junior Aparecido Guimaro (Tommy Mawat Bada), Dalglish Papin Test, Teah Baysah Dennis, Gilmar Jose Da Silva dan Nur Shamie Iszuan Amin (K. Partiban).

Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Norhafiz Zamani Misbah, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria, Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohamad Muslim Ahmad, Margaro Lima Gomis, Indra Putra Mahyuddin, Zairul Fitree Ishak, Biazhe Iiijoksi, Wander Luis Bittercourt Junior (Mohd Noor Hazrul) dan Mohd Faris Shah (Wan Zack Haikal Wan Nor). – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.