Hi! Welcome Back and Stay Tune! Noh Omar digesa tarik balik cadangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Noh Omar digesa tarik balik cadangan

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)  Tan Sri Noh Omar digesa supaya menarik balik cadangan membenarkan pihak pemaju perumahan memberikan kemudahan pinjaman kepada pembeli di bawah Akta Pemberi Pinjam 1951.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, cadangan itu tidak akan menyelesaikan isu pokok yang membelenggu rakyat dalam pemilikan rumah di negara ini.

“Isu aksesibiliti pinjaman atau pembiayaan untuk membeli rumah bukan satu masalah. Punca masalah yang sebenar adalah tahap kemampuan rakyat untuk membeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bermula Khamis lalu, pemaju perumahan yang layak boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli hartanah.

Noh Omar mendapat kritikan pelbagai pihak kerana mengemukakan cadangan tidak praktikal, kerana selain membebankan pemohon yang terpaksa membayar pinjaman dengan kadar antara 12 hinggq 18 peratus, tetapi juga boleh meletakkan ekonomi negara dalam risiko.

“Cadangan KPKT ini sebenarnya berkaitan dengan isu ‘shadow banking system (non-bank credit providers)’ yang sebenarnya menambahkan kebimbangan terhadap kerangka regulasi dan risiko kewangan yang lebih parah,” katanya.

Katanya: “KPKT harus memberikan perhatian lebih utama kepada kadar kenaikan harga rumah yang keterlaluan. Kenaikan ini harus dikenalpasti dengan cermat oleh pihak KPKT. Isu ini yang masih lagi gagal diselesaikan oleh KPKT sehingga hari ini,” katanya lagi.

Kemudahan berkenaan, kata Noh, akan membolehkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan bagi membantu pembeli yang menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan daripada bank. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.