Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahid dedahkan punca BN kalah dalam dua PRU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahid dedahkan punca BN kalah dalam dua PRU

KEPALA BATAS – Kekalahan BN di negeri tertentu dalam PRU12 dan PRU13 berpunca daripada ketidakseragaman parti-parti komponennya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Umno‎ berkata adalah penting bagi pemimpin dan ahli Umno serta parti-parti komponen BN untuk bertindak seragam daripada sudut kerohanian dan pemikiran bagi memastikan BN terus jitu dan kuat.

Menurutnya kemenangan pembangkang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bukan kerana mereka kuat tetapi adanya ‘orang dalam’ yang turut menyumbang kepada kemenangan itu.

“Mengapa kita kecundang dalam PRU12 dan PRU13 adalah kerana ketidakseragaman. Ini kerana, ada individu yang ada agenda sendiri, pemimpin yang ada agenda individualistik yang melemahkan kekuatan kita.

“Mulai tahun ini, apabila Perhimpunan Agung Umno dan Konvensyen BN diadakan kita (perlu) bangkit, kita bangun, kita bawa keseragaman, kesatuan pemikiran serta kesatuan tindakan harus diseragamkan di seluruh negara untuk mencemerlangkan Umno dan BN,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata setiap teguran yang dibuat terhadap parti-parti komponen BN adalah demi kebaikan semua dan bukannya untuk menyinggung pihak tertentu kerana setiap parti komponen merupakan tulang belakang BN.

“Benar, Umno kini kembali bangkit. Dalam keadaan ini, Umno ikhlas untuk membantu rakan-rakan kita dalam BN yang diuji untuk (sama-sama) bangkit,” katanya. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.