Hi! Welcome Back and Stay Tune! Parti Mahathir tidak mampu lawan UMNO, kata bekas Menteri Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Parti Mahathir tidak mampu lawan UMNO, kata bekas Menteri Besar

KUALA LUMPUR: Mampukah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menandingi kekuatan dan pengaruh UMNO?

Bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak akan mampu menandingi kekuatan UMNO meskipun dinaungi bekas pemimpin UMNO yang hebat.

PPBM kini dipimpin Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertindak menentang kerajaan yang kini dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini kerana jumlah sokongan yang diperoleh PPBM itu adalah tidak sampai satu peratus berbanding 30 peratus sokongan terhadap UMNO BN,” katanya kepada bnbbc.

“Kalau kita lihat hanya Mahathir, Muhyiddin, Kadir, Ainina, Khairuddin, itu sahaja orangnya dan kalau mereka tak bercakap, tak adalah isu, jadi itu gambarannya,” kata bekas pemimpin PKR itu.

“Kalau UMNO dia boleh bercakap dari wakil Kubang Pasu, Jerantut ada banyak bahagian, macam-macam lagi. Mereka ada kumpulan ada yang tersendiri.

“Ini bermakna tak sampai 1 peratus pun daripada kumpulan 30 peratus itu berminat dengan parti baru itu,” katanya lagi.

Secara dasar, menurut Khalid yang juga Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak, undian daripada bangsa Melayu adalah 70 peratus — 30 peratus sokongan diberi kepada UMNO, PAS sebanyak 25 peratus, selebihnya 55 peratus ialah pengundi yang dikatakan stabil dan sukar diubah.

Daripada peratusan itu, menurut Khalid, jika ada parti baharu sekalipun ia masih lagi tidak mampu mengalahkan UMNO sebagai pentadbir negara sehingga PRU ke-14.

PPBM menurut Khalid hanya mampu untuk terus buat bising supaya isu yang dibawa tidak mati begitu sahaja.

Dengan masa tidak menyebelahi parti berkenaan, ia tentu berdepan kesukaran untuk memastikan wujud jentera akar umbi yang kuat dan efisien menjelang PRU nanti.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.