Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM: Tun Abdullah Badawi pemimpin terbaik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM: Tun Abdullah Badawi pemimpin terbaik

KEPALA BATAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin contoh kerana tidak pernah memberikan komen negatif terhadap pemimpin lain selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.

Beliau berkata Abdullah yang lebih mesra dipanggil Pak Lah ialah pemimpin yang layak untuk dianugerahkan sebagai tokoh pemimpin terbaik.

“Pak Lah tak berikan komen yang negatif kerana pemimpin datang dan pergi, pemimpin diuji. Pak Lah memahami keadaan itu, pemimpin yang harus dihormati,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden UMNO berkata setiap pemimpin tidak dapat lari daripada dugaan dan menurutnya kekuatan serta kehebatan seseorang pemimpin itu adalah hasil daripada sokongan kuat anggota parti.

“Setiap pemimpin ada dugaannya, Pak Lah juga diduga (dan) beliau berjaya, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) juga diduga dan saya pun diduga. Yang (pemimpin) sebelum itu (bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) pun diduga lebih 20 tahun. Dia hebat sebab UMNO yang buatkan dia hebat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Abdullah selaku perdana menteri Malaysia kelima juga telah berjaya menerajui BN untuk mencatatkan prestasi terbaik dalam pilihan raya umum ke-11 (PRU11).

“Prestasi (BN) pada zaman Pak Lah adalah yang terbaik… perdana menteri terbaik dalam pilihan raya umum. Ini tak boleh dinafikan kerana ketika itu Pak Lah telah mengungkapkan (mengilhamkan) Islam Hadhari,” katanya.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.