Biar Tiada Air, Asalkan Mampu Bercakap English Dgn Baik – Warga S’ngor
Dunia hari ini memerlukan pemimpin setiap negaranya untuk bertutur dalam bahasa English dengan baik. Sebab itu dalam DAP seperti yang kita lihat, kesemua pemimpinnya WAJIB fasih berbahasa English, tak faham bahasa Melayu pun tidak mengapa, asal sahaja faham bahasa English.
Begitulah pentingnya English kepada pimpinan Pakatan Harapan. Jika kita berkuasa kelak, English akan diangkat setaraf bahasa-bahasa utama di Malaysia seperti bahasa cina dan India.
Kerana, English membayangkan ketamadunan sesebuah negara dan ini adalah hakikat yang diakui dunia. Tidak ada negara yang mampu menjadi negara maju tanpa rakyat dan pemimpinnya mempunyai kebolehan menguasai English dengan baik.
Sehinggakan di negeri yang mengalami masalah ketiadaan bekalan air seperti Selangor pun, penguasaan dalam bahasa English masih dititik beratkan, maka itulah dalam menghadapi situasi tidak ada air pun, rakyat Selangor majoritinya mengutuk kegagalan seorang Timbalan Perdana Menteri seperti Zahid yang mempunyai tahap penguasaan English yang sangat teruk.
Zahid harus malu dengan rakyat Selangor, sehinggakan dalam kesulitan begitupun, masih menitik beratkan penguasaan English seorang pemimpin.
English memang penting, malah rakyat Selangor membuktikan bahawa English lebih penting dari air pun dan Najib seharusnya membuang mana-mana Menterinya yang tidak mampu menguasai English dengan baik.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cABUpJ
Post a Comment