Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gerald Rentap Jabu Presiden baharu FAS? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gerald Rentap Jabu Presiden baharu FAS?

Selepas penolakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol, seorang lagi calon kini sedang dikenal pasti untuk memikul tanggungjawab sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Difahamkan, calon tersebut ialah Gerald Rentap Jabu, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Layar.

7706e460-7a81-4344-8655-aa7f622d8a91

Nama Rentap mula hangat setelah hadir pada majlis makan malam sempena Liga Bola Sepak Rakyat, minggu lalu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Presiden FAS, Datu Sudarsono Osman dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Affandi Hamzah, serta beberapa exco badan induk bola sepak negara itu.

Rentap, 46 tahun, merupakan salah seorang daripada Penolong Chef-De-Mission dalam kejohanan SUKMA XVIII, dan bertanggungjawab sebagai pengarah dalam acara angkat berat kejohanan tersebut.

Dalam politik, beliau merupakan Timbalan Ketua Pergerakan
Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Layar pada pilihan raya negeri yang lalu, menggantikan bapanya, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Pernah berkhidmat dalam syarikat pelaburan Sarawak Securities Sdn Bhd dan Sarawak Capital Sdn Bhd, Rentap memiliki pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan hartanah, kewangan korporat, pasaran saham, pengurusan projek dan lojistik.

Rentap juga merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat terkemuka seperti Sarawak Oil Palms Berhad ,Utahol Management Sdn. Bhd. , PanGlobal Insurance Berhad, RT Cargo Group Of Companies, dan Sarawak Energy Berhad.

Dengan kelulusan sarjana muda Ekonomi dalam bidang perbankan dan kewangan dari Universiti La Trobe, Victoria, Australia pada 1993, pastinya wakil rakyat muda ini calon yang sesuai untuk menggalas tugas sebagai peneraju persatuan itu.

Seperti kata Sudarsono, calon yang akan memikul tanggungjawab baharu ini haruslah memiliki minat yang mendalam terhadap sukan tersebut, dan perlu merancang pelbagai idea untuk menjana kewangan serta melahirkan bakat baharu dalam sukan tersebut.

Ini penting kerana persatuan tersebut berbelanja sekitar RM15 juta ke RM20 juta setahun untuk penyertaan pasukan-pasukannya dalam Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia.

Sudarsono mengundurkan diri setelah enam tahun memimpin persatuan tersebut, bersama-sama Timbalan Pengerusi, Datu Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Agung, Abdullah Julaihi.

Bagaimanapun pengunduran mereka dapat meredakan pengganti yang bakal menjadi nakhoda baharu kerana persatuan itu kini bebas daripada masalah hutang dan pentadbiran.

Jawatan Presiden kini dipangku sementara oleh Timbalannya, Abdul Wahab Rahim sehingga calon baharu dinamakan pada mesyuarat agung luar biasa persatuan tersebut, setelah dikenal pasti kelak. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.