Hi! Welcome Back and Stay Tune! Susah Nak Jumpa Pengundi Cina Sokong BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Susah Nak Jumpa Pengundi Cina Sokong BN

Jangan membuang undi

 

Rata-rata pengundi Cina yang ditemui sebagai responden dalam kajian Institut Darul Ehsan (IDE) pada 26 Ogos hingga 30 Ogos lalu meliputi 1,761 orang pengundi menyokong parti pembangkang.

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, perkara itu dapat dilihat susulan rata-rata pengundi Cina hari ini agak mudah untuk didekati berbanding sebelum tahun 2008.

“Selepas 2008, membuat kajian itu tidak susah sangat sebab masyarakat agak lebih terbuka. Sebelum ini agak sukar untuk mendekati pengundi Cina tetapi sekarang tidak begitu sukar terutama dalam kalangan yang berpendidikan.

“Kita tanya, mereka jawab terus terang siapa mereka undi. Kalau DAP, mereka cakap mereka sokong DAP. Tapi payah nak cari pengundi Cina yang menyokong BN. Memang kebanyakannya menyokong pembangkang,” katanya ketika sesi pembentangan penyelidikan survei IDE: Isu dan Persepsi Pengundi Selangor, semalam.

Katanya, sikap masyarakat yang lebih terbuka bukan sahaja kaum Cina memudahkan lagi pihaknya menjalankan kajian.

“Maknanya mereka terus terang. Tidak lagi sembunyi-sembunyi mereka sokong parti mana. Mereka secara terbuka menyatakan pendirian mereka.

“Sebelum ini kita tak boleh tanya parti apa mereka sokong tapi sekarang mereka boleh beritahu kita. Kalau sokong DAP, cakap DAP. Kalau sokong Pas cakap Pas. Kalau tidak sokong mana-mana parti, dia beritahu. Tak pasti dia cakap tak pasti,” katanya.

Dalam kajian tersebut, seramai 78 peratus pengundi menyatakan keterujaan menanti tarikh pilihan raya diumumkan sekali gus menepis dakwaan sebelum ini di mana rakyat dikatakan sudah tidak berminat dengan politik.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cJYGz2

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.