Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat Selangor Tak Kenal Amanah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat Selangor Tak Kenal Amanah?

Rakyat Selangor tak kenal Amanah?

 

Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendedahkan, sebanyak 35 peratus responden di negeri ini daripada 1,761 pengundi yang ditemui bagi kajian Isu dan Persepsi Pengundi Selangor mengakui kenal dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, data itu berbeza dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Bila kita buat kaji selidik, kita tanya mereka pernah dengar Bersatu atau tidak? Hampir 35 peratus responden kita pernah dengar.

“Berbeza dengan Amanah. Data Amanah ini saya tidak mahu sebut. Tapi peratusannya lebih rendah daripada Bersatu. Angkanya ada tapi saya tidak sebut,” katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan di sini, semalam.

Menurutnya, parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menerima bantuan promosi melalui media arus perdana.

“Berita tentang Bersatu, TV3, RTM keluar sebab ada Tun Mahathir. Berbeza dengan Amanah. Mahu tak mahu kita kena akui masyarakat kita dipengaruhi media.

“Ditambah pula mahu atau tidak, kita mesti terima hakikat Tun Mahathir merupakan orang yang dikenali dan pernah menyumbang kepada negara,” katanya.

Katanya, generasi muda hari ini melihat Bapa Pemodenan itu sebagai ikon.

“Kalau tuan-tuan lihat buku sekolah, ada bahagian yang menjelaskan tentang sumbangan Tun M dalam pembangunan negara. Maknanya generasi hari ini diberitahu Tun M itu memberi sumbangan besar kepada negara.

“Generasi muda melihat Tun Mahathir ini sebagai ikon. Walaupun beliau di pihak pembangkang tapi auranya masih ada,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cJYSy9

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.