Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maximus: Pelaku Di Sebalik Pencemaran Loji Rawatan Air Perlu Dihukum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maximus: Pelaku Di Sebalik Pencemaran Loji Rawatan Air Perlu Dihukum

download-17

 

Pelaku di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor perlu dihukum, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, dan menambah, ia mungkin berpunca daripada sektor perindustrian yang berhampiran.

Pihak berkuasa negeri dan persekutuan, katanya, bekerjasama rapat untuk mengenal pasti punca sebenar pencemaran dan setakat kelmarin masih belum dapat mengesannya.
“… sudah tentulah, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Kami perlu memastikan pemantauan ketat (di loji rawatan air) dan kami mesti hukum si pelaku ini… ia menjejaskan hidup masyarakat. Kami mesti pastikan mereka yang bertanggungjawab dihukum. Kami tidak lagi boleh bertolak ansur setiap kali perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Terdahulu, Maximus menyaksikan pemeteraian perjanjian jual beli antara Ranhill Holding Bhd dan SIIC Environment Holdings Ltd.

Loji rawatan air Semenyih ditutup beberapa kali berikutan pencemaran bau. Siasatan berkaitan punca pencemaran itu masih berjalan.

Pihak berkuasa mula mengesan pencemaran pada 22 September dan segera menjalankan siasatan.

Kawasan terjejas termasuk Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cUxA5X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.