Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lanun tawan dua kapal, culik pemilik kapal tunda di perairan Sabah – Abdul Rashid Harun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lanun tawan dua kapal, culik pemilik kapal tunda di perairan Sabah – Abdul Rashid Harun

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun sebentar tadi mengesahkan sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan dan merompak anak kapalnya berhampiran perairan Pulau Gaya, Semporna malam tadi.

Kumpulan yang sama disyaki smelakukan rompakan kedua, selepas itu melibatkan sebuah kapal nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu.

Menurut Rashid, Ruslan Sarapin, 39 tahun, diculik sekumpulan enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 anak kapalnya di perairan Pulau Gaya kira-kira jam 9.30 malam.

“Ketika kejadian, kapal nelayan mangsa didatangi sebuah bot laju yang dinaiki enam lelaki yang ada antaranya bersenjatakan M14 dan M16.

“Empat suspek kemudian menaiki dan menggeledah kapal berkenaan sebelum menculik mangsa dan melarikan semua dokumen, barangan peribadi, telefon bimbit milik anak kapal.

Rashid berkata, siasatan awal mendapati hanya seorang daripada anak kapal merupakan warga Malaysia manakala 25 yang lain warganegara asing.

Sejurus selepas itu, kumpulan yang sama merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.05 malam ketika kapal berkenaan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

“Sebuah bot laju yang dinaiki tujuh lelaki menghampiri kapal mangsa dengan tiga lelaki bersenjata naik ke kapal dan melakukan penggeledahan sebelum melarikan enjin sangkut, beras, minyak masak, pakaian, telefon bimbit dan wang tunai RM300 milik anak kapal.

“Suspek kemudiannya melarikan diri menuju ke perairan antarabangsa,” katanya.

Jelas Rashid, berdasarkan maklumat awal, kumpulan penjenayah berkenaan merupakan kumpulan yang sama menculik pemilik kapal tunda di Semporna.

“Jarak kedua-dua lokasi kejadian adalah lima batu nautika dan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot laju.

Kedua-dua kapal sedang beroperasi dalam kawasan arahan perintah berkurung dan tidak mempunyai permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.