Laman Youtube-MP3 Disaman Kerana Memudahkan Cetak Rompak
Laman Youtube-MP3.org menyediakan perkhidmatan mengubah video YouTube kepada audio MP3. Mereka kini disaman oleh pihak UMG Recordings, Capitol Records, Warner Bros, Sony Music, Arista Records dan Atlantic Records kerana dituduh mempermudahkan proses cetak rompak lagu milik artis di bawah label mereka.
Laman ini dikatakan dilawati 60 Juta pengguna sebulan dan pemilik mengaut keuntungan yang tinggi dengan memaparkan iklan. Walaupun terdapat banyak perkhidmatan penstriman yang ditawarkan pada harga yang mampu milik. Masih terdapat ramai pengguna yang masih memuat turun muzik secara haram. Kes saman ke atas laman yang mesra cetak rompak nampaknya semakin meningkat tahun ini.
Seperti kami laporkan sebelum ini, laman KickAssTorrent dan YIFY telah menghentikan operasi. Pemilik laman pula kini berhadapan dengan hukuman penjara kerana mencuri harta intelek. Adakah anda masih memuat turun muzik secara haram? Sekiranya ya mengapa tidak menggunakan perkhidmatan penstriman seperti Spotify?
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2djLkXo
Post a Comment