Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rasuah: Bekas pegawai dipenjara 21 tahun, didenda RM9 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rasuah: Bekas pegawai dipenjara 21 tahun, didenda RM9 juta

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penolong pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 21 tahun dan denda RM9,248,554 juta oleh Mahkamah Sesyen  atas tujuh pertuduhan meminta dan memperoleh suapan bagi projek kemasyarakatan kerajaan melibatkan RM18.6 juta.

Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap tujuh pertuduhan dihadapi Hazmi Samsudin, 41, yang ketika itu bekerja di unit Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian itu.

Hazmi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlahnya 21 tahun dan denda berjumlah RM9,248,554 bagi kesemua pertuduhan atau penjara empat tahun enam bulan, jika gagal membayar denda itu.

Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Samsudin, 41, yang bertugas sebagai penolong pegawai di unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian berkenaan ketika kejadian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Walau bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan selesai.

Hazmi didakwa meminta suapan bagi projek kemasyarakatan 1Azam bagi menaik taraf dan membaik pulih balai raya, dewan masyarakat, surau dan masjid membabitkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek hampir RM18 juta daripada empat individu bernama Zainal Arifin Lahuri, Zamzuri Abdullah, Fadzil Anuar Ahmad dan Mohd. Khairil Isma Abdullah Bacha.

Ia sebagai dorongan untuk mendapatkan persetujuan ketua setiausaha KPWKM melantik kontraktor Kelas F tempatan untuk melaksanakan projek itu.

Hazmi didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan PH 2, Putra Heights, Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor, pada hujung 2010.

Dia turut didakwa enam pertuduhan memperoleh suapan 10 peratus daripada setiap enam projek kerajaan melalui enam syarikat berlainan dengan perantaraan seorang individu bernama Zainal Arifin.

Dia didakwa menerima sogokan secara keseluruhan berjumlah RM596,628 antara Mei dan Jun 2011. 



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.