Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan

Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan

ooggyy

Di Akademi Fantasia musim ini, Ogy Ahmad Daud telah dipanggil sebagai juri jemputan dan seperti biasa memebri komen yang amat pedas.

Ada satu bahagia yang mana Ogy telah memarahi pelajar AF dan tiba-tiba pengetuanya iaitu Datuk Shake dlihat keluar dewan.

Ternyata Ogy tidak faham dengan kejadian tersebut.

Ini komen Ogy tentang insiden itu:

TEGUR PERKARA BETUL

Bagi kak Ogy, dia telah menjalankan tugasnya sebagai juri dan pengkritik untuk menegur perkara yang sepatutnya.

“Saya tegur perkara yang betul dan tahu tahu kenapa pengetua (Datuk Shake) keluar dari dewan. Saya hanya sentuh bab persembahan dan bukannya vokal,”

“Dia menyanyikan lagu Elergi Sepi dendangan asal Azharina Azhar tetapi persembahannya macam Mulan Jamela.

“Melodi Elergi Sepi digubah dengan cukup menarik oleh Edry Abdul Halim tetapi di manakah letaknya kebijaksanaan dan kreativiti Asha ketika menyanyikan lagu itu.

“Saya mesti berkata benar. Lirik Elergi Sepi menceritakan kesilapan yang dilakukan seorang wanita dan dia meminta maaf. Mood lagu itu sepatutnya sedih tetapi Asha jadikannya gembira.

“Mereka berada dalam akademi untuk belajar dan jangan hanya mengharapkan menang undi. Cuba tengok kembali peserta yang menang kerana undi. Kebanyakannya tidak berjaya dalam industri,”

SIKAP PESERTA SAMBIL LEWA

Ogy dilihat berang apabila ada peserta yang bersikap sambil lewa dan tersenyum ketika dikritik.

“Ketika saya belajar berlakon dulu nak tengok muka cikgu pun takut. Inikan pula nak tersenyum-senyum memang nak cari nahas. Bagi saya mereka tak serius belajar.

“Apabila ditanya, mereka tak faham apa itu seni. Saya memang tak boleh tahan dengan orang yang mempermain-mainkan seni”

Sebelum ini, Akademi Fantasia menjadi tumpuan dan bahan bualan orang ramai apabila tenaga pengajar, Mas Idayu memeluk seorang pelajar lelaki. -PENMERAHDOTCOM

The post Ogy Ahmad Daud Berang Dengan Pelajar AF, Tak Faham Pengetua Keluar Dewan appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.