Elon Musk Ingin Membuka Penempatan Koloni Manusia Di Planet Marikh
Elon Musk sedia terkenal dengan syarikat Tesla dan juga SpaceX. Hari ini, beliau telah berkongsi beberapa perkara mengenai perancangan untuk membuka penempatan koloni manusia di planet Marikh.
Elon Musk mengatakan planet Marikh dipilih kerana bentuknya yang lebih kurang sama seperti Bumi – dari segi saiz dan juga masa orbitnya. Disamping itu, Marikh adalah lebih dekat berbanding dengan Bumi jikalau dibandingkan dengan sejumlah planet lain di sistem solar.
Memulakan perkongsian perancangan SpaceX, Elon Musk mengatakan penghalang utama buat masa ini adalah kos untuk ke planet Marikh. Ia mengambil harga berbilion ringgit untuk ke sana bagi seorang, dan SpaceX ingin mengatasinya dengan menggunakan kapal yang boleh digunakan kembali.
Mengambil analogi kapal terbang, menurut Elon Musk jikalau membeli kapal terbang untuk hanya seorang, ia akan bernilai beratus-juta, tetapi disebabkan boleh digunakan berkali-kali, maka nilai tiket kapal terbang hanya sekitar beberapa ratus ringgit sahaja.
Daripada perkongsian awal, kapal angkasa yang akan digunakan dikatakan akan boleh membawa sekitar 100 penumpang bersamanya. Elon Musk turut mengatakan 100 penumpang pertama ke planet Marikh ini kelak akan dinamakan sebagai Heart of Gold. Kapal angkasa sama akan digunakan kembali untuk membawa lebih manusia dari hari ke hari.
Penerbangan tersebut dijangka akan mengambil masa antara 80 hari ke 150 hari lamanya, tetapi dijangka akan diturunkan kepada 30 hari dengan perkembangan teknologi kelak.
Elon Musk turut menekankan yang mana kapal angkasa tersebut boleh mengisi semula bahan bakar di angkasa dalam menjadikan kos penerbangan lebih rendah.
Dengan perancangan seperti ini, Elon Musk mengatakan ia akan mengambil masa sekitar 40 tahun ke 100 tahun dalam usaha mempunyai koloni dan penempatan manusia berjumlah sekitar satu juta orang di planet Marikh kelak.
Seperti biasa, risiko dalam penerbangan menuju ke planet Marikh adalah agak tinggi, dan terdapat kemungkinan manusia boleh mati ketika ke sana. Tetapi, risiko untuknya akan diambil-berat dan dikurangkan seberapa yang boleh.
Elon Musk masih belum berkongsi mengenai perancangan lanjut seperti makanan dan tempat tinggal di planet merah berkenaan buat masa ini, disamping pelbagai perkara mengenai persekitaran dan apa yang boleh dilakukan.
SpaceX merancang untuk menghantar penerbangan ke planet merah berkenaan seawal tahun 2012 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dj5BA7
Post a Comment