Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan hak PAS lantik pengerusi Felda, kata Isa Samad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan hak PAS lantik pengerusi Felda, kata Isa Samad

isa-samad-feldaPETALING JAYA: Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad membidas desakan timbalan presiden PAS supaya beliau dipecat daripada terus menerajui anak syarikat milik kerajaan itu yang didakwa sarat dengan hutang.

Isa berkata ini kerana kuasa melantik pengerusi Felda terletak dalam bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bukannya PAS.

“Bukan kuasa PAS hendak lantik pengerusi, tetapi perdana menteri. PAS kerjanya pandai membangkang saja,” katanya kepada FMT.

Isa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Tuan Ibarahim Tuan Man supaya beliau ditukar susulan kegagalannya mengurus tadbir Felda dengan baik di mana yang terbaru, projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) “tergendala sedikit” kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

“Malapetaka Felda bermula apabila Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenaraikan Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.

“Kegilaan Isa berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan,” kata PAS.

Isa berkata beliau saja yang tahu masalah dihadapi Felda dan pihaknya dalam proses menyelesaikan segala kelemahan.

“Sebelum ini kita sudah menjelaskan semua isu dalam Felda dan mengambil langkah sewajarnya, kita lebih tahu daripada dia (PAS) apa masalah yang berlaku dalam Felda.

“Kita lebih bertanggungjawab daripada PAS, tak macam dia cuma pandai bercakap saja, tetapi kita yang melaksanakan,” katanya.

Pautan:

PAS desak tukar pengerusi Felda sebelum lebih parah

Putrajaya diseru ambil alih projek perumahan daripada Felda





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.