Tahun baharu hijrah Nek Piah dapat rumah baharu
KABONG: Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini membawa sinar baharu untuk sorang warga emas di sini yang kini mendapat sebuah rumah baharu di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).
Napiah Lampong ,80 tahun atau lebih dikenali penduduk sebagai Nek Piah di Kampung Hulu di sini kini tidak lagi tinggal di rumah usang sebagaimana sebelumnya.
Nek Piah seorang balu dan sudah agak uzur kini tinggal sorang diri selepas suaminya meninggal sejak beberapa tahun lalu .
Lantaran tiada sumber pendapatan tetap dia terpaksa akur tinggal di dalam rumah usang yang tidak selamat didiami.
Kehidupannya yang daif dengan rumah tanpa kemudahan asas telah mendapat perhatian pihak kerajaan yang telah meletakkan namanya di bawah program PBR tahun lalu.
Pembinaan kediaman baharu Nek Piah bermula Ogos lalu dan siap sepenuhnya pertengahan September dan kini sudah boleh diduduki.
Selain bantuan rumah Nek Piah mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan dan juga RM300 lagi daripada pihak Tabung Baitulmal Sarawak (Baitulmal).
Nek Piah yang ditemui Sarawak Voice (SV) nyata terharu dengan bantuan yang diterima dan mengucapkan terima kasih atas keperihatinan kerajaan menyalur bantuan untuknya bagi melalui sisa-sisa hidupnya yang selama ini dihimpit kemiskinan yang amat mencabar. – Sarawakvoice
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment