Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kertas soalan USPR bocor, guru bebas tuduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kertas soalan USPR bocor, guru bebas tuduhan

upsr

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lenggeng, Nilai, daripada pertuduhan memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) secara tidak sah, 2 tahun lepas.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan guru berkenaan P Murugan, 38, pada 16 April tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Kamaludian berkata rayuan keseluruhannya adalah atas fakta yang telah diputuskan oleh hakim bicara dan Mahkamah Rayuan jarang untuk mengusik keputusan atas dapatan fakta kes bicara.

“Mahkamah Tinggi mendapati keputusan hakim bicara atas dapatan fakta adalah berdasarkan kepada keterangan yang ada. Oleh itu Mahkamah Tinggi tidak mengusik dan mengekalkan keputusan hakim bicara, justeru rayuan pihak pendakwaan ditolak,” katanya.

Murugan didakwa memiliki kertas soalan Matematik 015/1 antara 8 September dan 17 September 2014 melalui seunit telefon pintar di sebuah rumah di Taman Sri Mawar, Mantin, dekat sini.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 7 tahun.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood manakala Murugan diwakili peguam M. Haresh dan Ramzani Idris.





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.